Rabu, Disember 15, 2004

Penampilan diri Virtual

Apakah Identiti



Beatles pernah mengungkapkan dalam lagu mereka bahawa:



"I am he asyou are he as you are me and we are all together I am...
(Beatles, "Iam the walrus", 1967).
Oleh itu apa dan dimanakah identiti tersebut.
• Untuk menerangkan tentang identiti, kita perlu menjawab persoalan tentang siapakan diri kita. Kita mempunyai pelbagai jenisidentiti seperti; identiti kebangsaan, identiti sosial, identitikeluarga, identiti jantina, identiti budaya/bangsa, identiti kelasdan sebagainya. Kebanyakan identiti ini adalah luar kawalanseseorang individu.
• Selain dari identiti di atas, terdapat identiti yang dibinasendiri oleh individu. Ia cuba diwar-war dan dipertahankan. Kadang-kadang identiti ini berkait dengan kepercayaan dan ancaman-ancamantertentu.
Penampilan diri Dalam Chat
"I am whatever you say I am, if I wasn't why would I say I am..."(Marshall Mathers, 2000).
Identiti adalah kompleks bagi individu dan dibina melalui proses sosial. Semasa berkomunikasi dlm chat room individu memikirkantentang matlamat diri iaitu bagaimana mereka mengharap orang lainmenerima diri mereka, dan bagaimana sebenarnya komuniti bolehmenerima individu itu. Dalam teknologi CMC, kita melihat kepadafrasa iaitu bagaimana kita mengharapkan orang lain dapat menerimadiri. Proses yang melibatkan pembinaan imej yang dapat diterima olehkomuniti yang dikenali sebagai penampilan diri(Wood, 2000).
Individu menyedari tentang kepentingan penerimaan identiti ataupersepsi diri di dalam komunikasi secara atas talian (on-line communication). Oleh itu mereka cuba mengenalpasti dan memilihatribut yang sesuai dalam interaksi. Tindaklaku dalam komunikasi CMC memungkinkan seseorang individu berhati-hati memilih kaedah danisyarat yang sesuai. Justeru dalam realiti maya, individu akan memikirkan jangkaan dan anggapan orang lain semasa komunikasi.
Dengan teknologi ini interaksi terbuka kepada kemungkinan untuk berinteraksi dengan lebih luas berasaskan kelainan jantina, budaya, umur dan sebagainya. CMC secara tidak langsung memberi peluang individu membentuk penampilan identiti diri yang mempunyai pelbagai perbezaan sosial seperti dalam dunia nyata (Chesebro, 1985). Oleh itu, dalam pembinaan hubungan yang berkesan, penampilan identiti diri adalah penting.
Matlamat penampilan tersebut ialah untuk membina kepercayaan, dan galakan di dalam perkongsian dalam komuniti maya. Walaubagaimanapun realiti komunikasi internet adalah sangat mengecewakan terutama masyarakat melayu. Majoriti individu di dalam internet bukan sahaja tidak memberi nama dan identiti sebenar, malah perkongsiaan yang berkualiti boleh diragui. (Wood, 2000). Individu membina penampilan diri yang palsu kerana merasakan mereka akan terlepas dari hukuman dunia dan akhirat. Sebenarnya, kelakuan ini menyebabkan hilang peluang yang bermanfaat dalam hubungan interpersonal. Malah ia telah menyebabkan orang lain mendakwa bendayang wujud di internet adalah palsu (Ross, 1990).
Untuk membina kepercayaan terhadap diri individu, maklumat diri perlu boleh dipertanggungjawabkan. Semakin benar maklumat diri,semakin selesa, selamat dan tiada rasa terancam semasa interaksi. Semakin terserlah identifikasi diri individu, semakin mudah proses afiliasi seseorang di dalam komuniti serta memudahkan kawalan disiplin diri.
Tamayyuz (berpenampilan berbeza) individu Islam perlu berbeza dgn org bukan Islam. Tata kehidupan dan kebiasaan individu Islam perlu ada syakhshiyah (kepribadian) yang tersendiri. Jelas pendiriannya, identiti itu tidak meleleh dan larut oleh nilai-nilai dari luar sehingga hilang kepribadiannya. Jangan mengikuti budaya dan tatakehidupan masyarakat bukan Isklam, tanpa menyaring atau memilih. Ini diperingatkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:
"Sungguh kamu akan mengikuti ummat suatu kaum sejengkal demisejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga seandainya mereka masuk kelubang biawak niscaya kamu juga ikut masuk ke dalamnnya." Sahabatbertanya, "Apakah mereka itu Yahudi dan Nasrani wahai Rasulullah?"Nabi bersabda, "Siapa lagi (kalau bukan mereka)." (Muttafaqun 'Alaih)
philo@sophia
Baca selanjutnya ...

Selasa, Disember 07, 2004

Philosophia (falsafah)

Apakah filsafat itu? Bagaimana definisinya? Demikianlah pertanyaan pertama yang kita hadapi tatkala akan memikirkan ilmu falsafah. Istilah"falsafah" dapat ditinjau dari dua segi, yakni:



a. Segi semantik:

berasal dari bahasa Arab 'falsafah',yang berasal dari bahasa Yunani, 'philosophia', yang berarti 'philos' =cinta, suka (loving), dan 'sophia' = pengetahuan, hikmah(wisdom). Jadi'philosophia' berarti cinta kepada kebijaksanaan atau cinta kepada kebenaran. Maksudnya, setiap orang yang berfilsafat akan menjadi bijaksana. Orang yang cinta kepada pengetahuan disebut 'philosopher', dalam bahasa Arabnya 'failasuf". Pecinta pengetahuan ialah orang yang menjadikan pengetahuan sebagai tujuanhidupnya, atau perkataan lain, mengabdikan dirinya kepada pengetahuan.



b. Segi praktis :

dilihat dari pengertian praktisnya, filsafat bererti 'alam pikiran' atau 'alam berpikir'. Berfilsafat artinya berpikir. Namun tidak semua berpikir bererti berfilsafat. Berfilsafat adalah berpikir secara mendalam dan sungguh-sungguh. Sebuah slogan mengatakan bahwa"setiap manusia adalah filsuf". Slogan ini benar juga, sebab semua manusia berpikir. Akan tetapi secara umum ia jadi tidak benar, sebab tidak semua manusia yang berpikir adalah filsuf. Filsuf hanyalah orang yang memikirkan hakikat segala sesuatu dengan sungguh-sungguh dan mendalam. Tegasnya: Filsafat adalah hasil akal seorang manusia yang mencari dan memikirkan suatu kebenaran dengan sedalam-dalamnya. Dengan kata lain: Filsafah adalah ilmu yang mempelajari dengan sungguh-sungguh hakikat kebenaran segala sesuatu.



a. Filsafat dan agama

Dalam buku Filsafat Agama karangan Dr. H. Rosjidi diuraikan tentang perbedaan filsafat dengan agama, sebab kedua kata tersebut sering dipahami secara keliru.



Filsafat

1) Filsafat berarti berpikir, jadi yang penting ialah ia dapat berpikir.

2) Menurut William Temple, filsafat adalah menuntut pengetahuan untuk memahami.

3) C.S. Lewis membedakan 'enjoyment' dan 'contemplation', misalnya laki-laki mencintai perempuan. Rasa cinta disebut 'enjoyment', sedangkan memikirkan rasa cintanya disebut 'contemplation', yaitu pikiran si pecinta tentang rasa cintanya itu.

4) Filsafat banyak berhubungan dengan pikiran yang dingin dan tenang.

5) Filsafat dapat diumpamakan seperti air telaga yang tenang dan jernih dan dapat dilihat dasarnya.

6) Seorang ahli filsafat, jika berhadapan dengan penganut aliran atau paham lain, biasanya bersikap lunak.

7) Filsafat, walaupun bersifat tenang dalam pekerjaannya, sering mengeruhkan pikiran pemeluknya.

8) Ahli filsafat ingin mencari kelemahan dalam tiap-tiap pendirian dan argumen, walaupun argumenya sendiri.



Agama

1) Agama berarti mengabdikan diri, jadi yang penting ialah hidup secara beragama sesuai dengan aturan-aturan agama itu.

2) Agama menuntut pengetahuan untuk beribadat yang terutama merupakan hubungan manusia dengan Tuhan.

3) Agama dapat dikiaskan dengan 'enjoyment' atau rasa cinta seseorang, rasa pengabdian (dedication) atau 'contentment'.

4) Agama banyak berhubungan dengan hati.

5) Agama dapat diumpamakan sebagai air sungai yang terjun dari empangan.

6) Agama, oleh pemeluk-pemeluknya, akan dipertahankan dengan habis-habisan, sebab mereka telah terikat dn mengabdikan diri.

7) Agama, di samping memenuhi pemeluknya dengan semangat dan perasaan pengabdian diri, juga mempunyai efek yang menenangkan jiwa pemeluknya.



Jadi falsafah penting dalam mempelajari agama. Demikianlah antara lain perbezaan yang terdapat dalam filsafat dan agama menurut Dr. H. Rosjidi.

Namun sebagai muslim, akal bukan segal-galanya. Untuk mencari kebenaran kadang-kadang tidak dapat difikir oleh logik akal tetapi memerlukan panduan Al Quran dan Hadith. Oleh itu awas dengan pemikiran sesat Aristotle yg menyatakan akal adalah segala-gala dalam mencari kebenaran.
Baca selanjutnya ...

Isnin, Disember 06, 2004

Konflik

Definisi:

* Pertentangan tindakan atau hajat (weber)

* 2 pihak yang berlawanan sifat(thomas)

individu dgn diri sendiri

individu dgn individu

individu dgn kumpulan

kumpulan dgn kumpulan



Kenapa Konflik

* Wright kata manusia membawa matlamat, idea, nilai dan kepercayaan berbeza

* Burn kata individu dalam sosial mempunyai peranan yang berbeza. Oleh itu mengakibatkan

perbezaan ideologi dan tindakan => tidaksefahaman

* Tubb Kata=> konflik kerana

1. perbezaan maklumat, kepercayaan, nilai, minat dan kehendak

2. kekurangan masa, kuasa, wang, ruang dan kedudukan

3. person atau kumpulan memberontak antara satu sama lain



Justeru dalam konflik, terdapt 2 bentuk tindakbalas dilakukan sama ada berkonflik secara:

1. idea

2. feeling (personaliti)



1970an => konflik diatasi dgn mengambil penyelesaian konflik

sekarang => pendekatan lebih kepada pengurusan konflik

Untuk urus konflik perlu kenal jenis konflik dgn kreatif dan produktif



....akan bersambung jenis/pola/mode konflik dalam pandangan Islam.
Baca selanjutnya ...

Jumaat, Disember 03, 2004

Teori keperluan interpersonal

Di kemukakan oleh William Schutz

3 keperluan



1. kasihsayang

2. inclusion (keperluan sosial)

3. kawalan



Dalam memenuhi keperluan tersebut, individu mempunyai kecenderungan yang berbeza seperti di bawah. Ia bergantung kepada personaliti individu.



kasihsayang(continium)

underpersonal-------->personal---------->overpersonal



inclusion

undersosial--------->sosial------------>oversosial



kawalan

undercrat----------->democrat--------->autocrat



Keperluan interaksi dalam Islam dari sudut keperluan kepada sesuatu merujuk kepada tahap:

1. Daruriat;

2. Hajiat; dan

3. Kamaliat



Keperluan yang cuba dipenuhi semuanya bermatlamat untuk menjaga agama, maruah, harta, keturunan dan nyawa. Sejauhmana kecenderungan individu berasaskan 3 keperluan diatas selagi mana tidak melampaui batas dan membazir.



Allahu’alam
Baca selanjutnya ...

Khamis, Disember 02, 2004

Teori pertukaran sosial

di kemukakan oleh Thibaut dan Kelly 1959. Beliau menyatakan dlm teorinya bahawa:



Ganjaran > Kos menyebabkan hubungan akan intim

Ganjaran < kos menyebabkan hubungan rengang.



Tetapi, dalamIslam kewujudan interaksi dan hubungan perlu dilihat ganjaran dalam bentuk luas melangkaui akhirat yang abdi, walaupun kos di dunia adalah tinggi (surah assyaf:10-11)



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ



تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ


[10] Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

[11] Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).



Oleh itu hubungan sosial Islam mempunyai matlamat yang jauh, bukan untuk mendapat ganjaran/manfaat dunia semata2 bahkan kadang-kadang dari segi material akan hilang, namun gantiannya di akhirat yang lebih kekal abadi.
Baca selanjutnya ...

Sains dan teori

Kuliah 1(ringkasan):



Sains adalah

-koleksi fakta

-cara menyiasat kejadian alam



Menyiasat

-discover reliable knowledge (consistent good)

-Menggunakan kaedah saintifik;



Org sains menggunakan kaedah saintifik.

Bagi ahli sosial, mereka menggunakan pemikiran kritikal.



Pemikiran saintifik dan kritikal ini mempunyai 3 konsep utama:



1.Empiricisme

Apa yang dibuktikan oleh 5 pancaindera (dibukti)Natural evident (reality)



2.Rationalisme

Logic reasoning, tiada unsur emosi, perasaan dan kepercayaan



3.Skepticisme (ragu)

Sentiasa perlu pembaharuan tiada kebenaran yang mutlak atas sesuatu dapatan mengiukut masa dan tempat.



Metod yang saintifik adalah :

1. persoalan/isu

2. kumpul maklumat

3. cadangan jawapan

4. uji hipotesis (jangkaan awal)

5. buat kesimpulan (teori/prinsip/jawapan)



Oleh itu orang yang berpemikiran saintifik dan kritikal tidak mudak membuat kesimpulan/generalisasi terhadap persekitaran dan kejadian sesuatu.

Namun, dalam Islam kadang-kadang akal semata-mata tidak dapat meneroka hikmah Allah atas sesuatu. Akal perlu kepada panduan AlQuran dan Hadith. Bukan seperti golongan qadariah dan pendokong falsafah Aristotle di mana menyatakan akal adalah segala-galanya.
Baca selanjutnya ...

Rabu, Disember 01, 2004

Durian dan Pacat

Hari ini teman menghantar mentua balik ke parit. Di pertengahan perjalanan teman diminta berhentikan kereta ditepi jalan berhadapan dengan dusun durian mereka. Teman pun masuk ke kebun tersebut dan bersama-sama mengutip buah durian yang telah luruh.



Tanpa disedari rupa2nya ada dua ekor pacat telah menghisap darah teman. Tapi nasib baik teman sedar. Bila dicabut, darah keluar tidak berhenti-henti. Memang kalau ikut sains, pacat ni ada satu kelebihan untuk menghisap dan mengelak darah dari beku. Masa tu zohor dah masuk. Tunggu punya tunggu darah tak juga berhenti.



Teringat le teman tentang Surah AlLahab:1



تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ



Mengikut petua orang tua-tua, ayat tersebut boleh menahan darah dari keluar. Teman dengan yakin cuba le membaca dan menahan jari pada tempat darah keluar. Teman baca ayat pertama dari surah tersebut sehingga akhir perkatan Tab (sambil menutup kedua bibir). Alhamdulillah berhasil ..berkat dan keizinan Allah.
Baca selanjutnya ...