- Guru menjadi pemangkin yang mempercepatkan proses globalisasi;
- Guru menjadi penghalang keburukan-keburukan hasil daripada globalisasi; dan
- Guru menjadi mangsa globalisasi kerana mereka tidak dapat mengikuti rentak dan perubahan semasa.
Guru perlu kreatif dan inovatif untuk menghasilkan pengajaran & pembelajaran yang berkesan dalam memainkan peranan sebagai pemangkin atau pengadang kepada keburukan hasil globalisasi dan tidak menjadi mangsa kepada globalisasi.
Melalui pengajaran & pembelajaran kreatif dan inovatif guru, murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran dan mengamalkan sikap dan nilai serta dapat mengembangkan daya kreativiti dan inovasi mereka.

Oleh itu bagi kita yang telah sebati dengan Taksonomi Bloom, perlu juga melihat Taksonomi Anderson dalam menjana idea kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih