Sabtu, Februari 20, 2010

Temuduga

TEMUDUGA SATU SOALAN


Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu
permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun
beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas
memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump
untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).


Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula
berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon
yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"


Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?",
tanya CEO tersebut.


Calon pertama berkata,"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa
kita sedari""Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.


"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua."KELIP MATA, kerana tanpa kita
sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab
calon kedua."Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun
ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.


"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga."Kalau kita tengok,
lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya
rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga."Jawapan
yang terhebat setakat ni.


Bagaimana pula dengan kamu?"CEO terus mengusulkan soalan kepada calon
keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di
syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.


"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa
perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat
dengan yakin sekali."Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius
langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO
terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.


"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit
perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau
MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... .....


Agak-agaknya, siapa yang terpilih? dan Kenapa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih