Rabu, Januari 25, 2012

Politikus Yang Berjaya

Pada tahun baharu naga 2012 lepas, keluarga teman mengadakan kenduri. Apa yang menarik untuk teman cerita di ruang ini adalah ragam tetamu terutama orang politik yang menghadiri jemputan kenduri tersebut. Dalam suasana menghadapi PRU13, ahli politik perlu pandai menggunakan ruang dan peluang dalam mendekati pengundi. Ahli-ahli politik yang pandai menggunakan kesempatan di mana-mana majlis dalam khalayak, biasanya akan berjaya mencuit hati pengundi.

Walaupun dalam kajian yang pernah dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya pada 23-30 Okt 2011 di  Perak (sila rujuk di sini) menyatakan lebih 86 peratus para pengundi di Perak telah membuat keputusan untuk mengundi parti pilihan mereka, namun 43 peratus akan membuat keputusan berasaskan faktor keperibadian calon. Kajian tersebut mendapati pengundi Melayu cenderung membuat keputusan berasaskan keperibadian calon. 

Oleh itu, teman nak ucap tahniah kepada Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ust. Misbahul Munir yang pandai membawa diri dalam majlis umum seperti kenduri orang kampung. Mereka berjaya turun  ke medan marhain untuk menyelami masalah setempat. Bagi politikus baru, perlu belajar bagaimana kehadirin dan keberadaan diri disedari khalayak dalam sesuatu majlis. Kalau Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi boleh berkenalan dengan tetamu dari khemah tetamu sehingga ke dapur majlis kenduri, politikus baru perlu memikirkan strategi bagaimana boleh dilihat sebagai mesra rakyat. Kehadiran kita bukan bermusim tetapi atas tanggungjawab sebagai saudara, sahabat, jiran, dan pemimpin. 

Dari kiri: Dato' Asari (Bekas Ketua Polis Perak) Dato' Sha'arani  (ADUN Rungkup), DS Dr. Ahmad Zahid & Penulis  


Bersama Ust Misbahul Munir

KM Lim Guan Eng di satu majlis kenduri lain di Pulau Pinang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih