Isnin, Mei 28, 2012

Kapasiti Bandwith IPG Malaysia Berbanding UPI Indonesia

Lawatan ke Universitas Pendidikan Indonesia telah mengubah sarwa teman terhadap kemudahah info dan infra struktur negera itu terutama dalam pendidikan tinggi. Walaupun dalam beberapa hal pendidikan di Malaysia ada kelebihan tetapi dalam beberapa hal mereka lebih terkedepan.

Jika dibandingkan kemudahan internet antara UPI dan IPG di Malaysia, alangkah baiknya jika berada di Indonesia. Pelajar mereka menikmati kemudahan internet dengan kelajuan tinggi. Dari rajah di bawah membayangkan betapa hebatnya kemudahan infrastruktur intenet mereka. Dengan kelajuan yang tinggi, memungkinkan berbagai informasi dan idea kreatif dapat dijana dalam kalangan pelajar.

Kapisiti Bandwith UPI
Dari segi kadar bayar telefon selular pula, penduduk Indonesia menikmati kadar bayaran yang rendah sebagai contoh Celcom Malaysia jika membuat panggilan dari Indonesia dikenakan bayaran RM5 seminit dan RM3.50 seminit jika panggilan dari Malaysia ke Indonesia. Sedangkan dengan menggunakan SP di Indonesia, ia hanya memakan kos hanya beberapa sen sahaja seminit.

Kenapa hal ini berlaku, teman pun tak boleh menjawab secara ilmiah.

Peserta lawatan UPI

Baca selanjutnya ...

Rabu, Mei 09, 2012

Cameron Highland Bertamu Ayah Bonda

Kadang-kadang terfikir untuk membawa ibubapa ke satu tempat peranginan yang jauh dan indah untuk menikmati alam ciptaan Tuhan. Tanggapan sebegitu dibuat kerana dengan tempat yang menarik dan jauh akan mengujakan mereka. Namun kekadang tanggapan itu salah. Ajakan teman kepada kedua-dua orang tua teman ke Cameron Highland, rupa-rupanya amat mengujakan mereka.

Walaupun tempat tersebut pada teman dekat dan biasa bagi, rupa-rupanya bagi mereka sangat mengujakan. Dari riak muka dan bahasa badan, mereka sangat gembira. Kadang-kadang teman selalu membuat jangkaan yang tinggi kepada mereka terhadap tempat lawatan iaitu membawa ke satu tempat yang jauh dan menarik serta mengujakan. Sedangkan, tempat-tempat yang dekat, yang pernah mereka lawati pada suatu ketika dulu, masih mengembira dan menggamit memori lama mereka.


Baca selanjutnya ...

Sabtu, Mei 05, 2012

Pujuk


Aristtotle 384-322 SM telah menyatakan dalam memujuk orang lain untuk mengubah tingkah laku, terdapat 3 perkara perlu diberi perhatian:

  1. Ethos (character dan reputation) Keperibadian seseorang individu dapat mempengaruhi pujukan seseorang individu. Dengan perwatakan yang baik, pujukan akan lebih berkesan.
  2. Pathos (emotional appeal) Pengucapan yang berjaya membangkitkan emosi, amat berkesan untuk memujuk. Sentuhan emosi individu akan menyebabkan seseorang individu akan berubah
  3. logos (logical). Penggunaan perkataan yang baik, berkesan untuk memujuk. Perkataan dalam bentuk quotation, cerita dan fakta dapat memujuk individu lebih berkesan.
Tiga perkara ini teman dapat dalam buku PERSUSION karangan James Borg semasa mencari bahan tentang Teori CAPTOLOGY (Computer As Persuasion Technology). Sebagai Du'at filLah, kita harus fikir-fikirkan  tiga perkara di atas sebagai idea menambahkan kesan dakwah. Ia boleh dijadikan uslub di samping saranan 

Dr. Abdul Karim Zaidan dalam Buku Uslub Dakwah menukilkan sebagai syarat untuk kejayaan dakwah ada 4 perkara:
  1. al-Dai' (pendakwah) - Ilmu, niat, tingkah laku, hikmah, sabar, semangat juang dan berkorban. 
  2. mad'u (sasaran atau penerima dakwah) golongan, atasan dan elit, golongan kebanyakan dan golongan penentang
  3. al-Maudhu' (objek atau topik) dakwah/apa yang didakwahkan kepada sasaran dakwah.
  4. Uslub al-Dakwah (cara atau teknik berdakwah) hikmah, berperingkat-peringkat, pelbagai media
Baca selanjutnya ...

Rabu, Mei 02, 2012

H8 Membahagiakan

Sesekali beramah mesra dengan anak-anak didik amat mengujakan. Pada 2 Mei 2012 lepas jemputan teman kepada anak-anak didik ke rumah sangat menggembirakan. Jika di dewan kuliah terlalu formal untuk berkenal, perlawaan ke rumah dengan hidangan laksa, menambahkan jalinan kemesraan dan persefahaman kepada mereka.

Kumpulan pelajar yang mengkhusus dalam bidang pendidikan khas ini telah dilatih khas untuk menghadapi para pelajar yang memerlukan pemerhatian yang khusus. Teman yakin dengan latar belakang, latihan dan kemahiran yang telah diperolehi, mereka akan menjadi pendidik yang prihatin dan cemerlang pada satu masa nanti.
Baca selanjutnya ...