Pertama-tamanya teman nak ucap tahniah kepada Majlis Daerah Kerian kerana telah terpilih top 5 dalam pertandingan inovasi untuk Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) dari 146 Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Malaysia.
Dengan terpilih Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Kerian yang bertaraf Majlis Daerah merupakan satu kejayaan yang amat signifikan kerana dapat setanding dengan Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya. Malah untuk sampai ke tahap itu, telah melalui proses yang ketat iaitu:
- Tapisan urusetia
- Ulasan dari SPRM, Jab Audit Negara, Biro Pengaduan Awam.
- Penilaian dan Senarai Pendek oleh Panel JK AIPBT berasaskan Komponen A, B dan C
- Penilaian panel berasaskan lawatan
- Perakuan pemenang oleh JK Induk kepada Panel 3P (Pengerusi KSN)
- Anugerah (AISA) dipengerusi MAMPU
Teman selaku fasilitator bengkel dokumentasi inovasi kepada Majlis Daerah Kerian bagi projek Bekis dan Hantu Burung turut berbangga di atas kejayaan tersebut. Teman berdoa, Majlis Daerah Kerian dapat mengukir sejarah kejayaan cemerlang semasa pembentangan terakhir di Putrajaya nanti..
|
Cenderemata dari YDP MD Kerian |
|
Bengkel Dokumentasi Inovasi |
Baca selanjutnya ...