Rabu, Mei 21, 2014

Kursus-kursus KIK Sepanjang Jan - Mei 2014

Falsafah KIK adalah untuk membina kumpulan di tempat kerja yang bekerjasama untuk menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan di tempat kerja untuk menjadi lebih baik dan prestasi tinggi. KIK mendidik ahli mengamalkan alat kualiti dalam meningkatkan prestasi diri, kumpulan dan organisasi mereka.

Pada 2013 adalah tahun ke 30 penubuhan KMK@KIK di Malaysia. Berbagai perubahan secara dinamik telah berlaku, baik dari proses KIK, penggunaan tool dan juga pengadilan dalam konvensyen. Peubahan demi perubahan dilakukan kerana harapan pihak kerajaan agar falsafah KIK dapat dihayati dan keberkesanan perlaksanaan dapat dirasai oleh pelanggan serta pengiktirafan kepada kumpulan yang terbaik dapat diberi. Semoga terus berjaya.

Sebahagian dari koleksi kursus yang telah berjaya dikendalikan sepanjang Okt 2013 hingga Mei 2014.















Baca selanjutnya ...

Sabtu, Mei 17, 2014

Kursus DSKP Teknologi Maklumat Tahun 5 KSSR Sepanjang Mei-Ogos 2014


Pada 2014 telah diperkenalkan subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada pelajar Tahun 4. Pada 2015, silibus baru juga telah dirangka untuk penyebaran kerana pada tahun tersebut pelajar Tahun 5 akan menyambung pelajaran mereka untuk subjek tersebut. Rajah di bawah menunjukkan skop pelajaran TMK pada tahun 4 hingga 6.






Baca selanjutnya ...

Kursus Pengurusan Kreatif Kepada Pengetua dan Guru Besar

Sebagai pengurus sekolah yang berkesan Halliger telah melihat aspek-aspek penting yang harus dimainkan oleh pengurus sekolah. Kepimpinan Instruksional menurut Hallinger(2000) meliputi tiga aspek
          Matlamat
          Merangka matlamat
          Menjelas matlamat
          Pengurusan Program
          Menyelia dan menilai PdP
          Menyelaras kurikulum
          Memantau perkembangan pelajar
          Iklim Sekolah
          Masa PdP
          Sentiasa kelihatan
          Insentif guru
          Galak perkembangan professional
          Insentif murid

Dalam menghadapai masalah atau menambahbaik sistem sedia ada dengan berkesan, pengurusan sekolah harus melaksanakan tanggungjawab mereka secara kreatif. Alhamdulillah, teman telah mengadakan bengkel kepada pengurus sekolah dalam memperkenalkan beberapa tools kualiti dalam menangani permasalahan dengan berkesan.


Baca selanjutnya ...

Kursus-kursus Inovasi Sepanjang Jan - Mei 2014

Inovasi adalah aktiviti untuk menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan di tempat kerja untuk menjadi lebih baik dan prestasi tinggi. Inovasi mendidik individu mengamalkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam menghasilkan pengubahsuaian dan ciptaan baru alat dan prosedur kerja serta perkhidmatan  dalam meningkatkan prestasi diri, kumpulan dan organisasi mereka.
Berbagai perubahan secara dinamik telah berlaku dalam kategori dan cara pengadilan dalam pertandingan inovasi. Peubahan demi perubahan dilakukan kerana harapan pihak kerajaan agar budaya kreatif dan inovatif dapat dihayati dan keberkesanan perlaksanaan dapat dirasai oleh pelanggan serta pengiktirafan kepada kumpulan yang terbaik dapat diberi. Semoga terus berjaya.

Sebahagian dari koleksi kursus yang telah berjaya dikendalikan sepanjang Okt 2013 hingga Mei 2014. 






Baca selanjutnya ...