Rabu, Jun 05, 2013

Dr. Rosli Sahat, Pemergian Mu Sukar Diganti

Dunia pendidikan amnya, IPG khasnya telah kehilangan seorang tokoh pendidik yang berkaliber. Allahuyarham Dr. Rosli bin Sahat, 55 telah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.45 petang 4 Jun 2013 setelah menghidapi serangan stroke. Jenazah selamat dikebumi kira-kira 9 malam. 

Allahyarham Dr. Rosli Sahat mendapat latihan perguruan di maktab perguruan sebelum menyambung pengajian ijazah asas di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Setelah beberapa tahun bertugas di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Allahyarham dianugerahkan biasiswa program sarjana Institut Aminuddin Baki-Houston University, USA. Ketika di IPG, Allahyarham sekali lagi dianugerahkan biasiswa pengajian doktor falsafah (Ph.D) dari sebuah universiti terkenal di United Kingdom. Beliau telah lulus dengan cemerlang dalam pengajian kedoktoran di bidang sosiologi pada tahun 2002.

Sepanjang berkhidmat dengan beliau, rakan-rakan sejawat amat menyenangi kerana tidak lokek dengan senyuman dan ilmu. Kadang-kala dalam keseriusan kerja, sempat bergurau senda yang menjadi pengubat stress semasa melaksanakan tugas. Sifat yang sentiasa berkongsi pengalaman dan kepakaran menyebabkan beliau disayangi rakan sejawat. 

Antara lagu yang menjadi trade mark beliau bagi menghilang stress adalah lagu orang parit :

Lagu ini teman rakam ketika Kumpulan Auditor ISO IPG Ipoh (yang disertai oleh arwah) 
mengaudit IPG Teknik KL.  Lagu tersebut cuba dinyanyi oleh Dr. Shaharuddin tetapi
disanggah oleh arwah kerana salah.

Semoga roh Allahyarham Dr. Rosli bin Sahat ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang soleh dan diredhai-Nya. Amin.

Di bawah adalah gambar kenangan Allahuyarham dalam koleksi teman tahun 2009-2012 sepanjang bersama-sama teman dalam melaksanakan tugas di dalam dan luar IPG.

Perbincangan Plan Strategi IPG Ipoh 2012

Bersama-sama menjaga Booth IPG Sempena Perayaan Hari Guru  Kebangsaan 2012 

Menerima Surat Anugerah Pensyarah Cemerlang DG52 2011

Menjadi AJK Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2009


Melawat IPGM Enstek Dis 2012

Bergambar di IPGM Enstek Dis 2012

Pembentangan Hala Tuju IPG Ipoh 2013 di Concorde Hotel Sepang

Ucapan selamat tinggal kepada persaraan pengarah IPG Ipoh  Dis 2012

Majlis Pelancaran Jurnal Pendidikan IPG Ipoh 2011

Teman bersama arwah, Dr Hamzah, Dr Ibrahim, Dr. Rosli Yaakob dan rakan lain dalam mesyuarat Tracer Study Graduan PISMP di Pulau Pinang 2012
Baca selanjutnya ...

Sabtu, Jun 01, 2013

Program Sokongan Pensarjanaan Pensyarah (PROSPEN) 2013 Perkongsian Pintar

Pembentangan kertas projek sarjana dan doktor falsafah para pensyarah IPGM sempena Program Sokongan Pensarjanaan Pensyarah (PROSPEN) telah dijalankan di IPG Kampus Persekutuan Pulau Pinang pada 8 hingga 10 Mei 2013 dengan jayanya. Selama 3 hari berturut-turut pensyarah yang sedang melanjutkan pelajaran dari berbagai bidang telah membentangkan projek mereka untuk dinilai dan ditambahbaik. Teman turut menjadi panel penilai, teruja dengan inisiatif penganjur bagi membantu pensyarah dan IPGM agar sasaran 33 % pensyarah IPG mempunyai PhD dapat dicapai menjelang tahun 2020.

Kementerian Pelajaran telah mewujudkan Lima program persarjanaan pensyarah IPGM itu
  • Cuti Belajar Tanpa Gaji 
  • Hadiah Latihan Persekutuan- Cuti Bergaji Penuh dengan Biasiswa 
  • Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa 
  • Hadiah Latihan Persekutuan secara Sambilan 
  • Belajar secara sambilan 

Sebagai Panel Penilai semasa sesi Pembentang calon Phd, Ust Razimi

Kini Pensyarah IPGM (Mei 2012) 20% telah mempunyai PhD dan sarjana sebanyak 80%.
Dengan adanya PROSPEN, ia akan dapat membantu pensyarah IPGM yang belajar secara sambilan atau yang akan belajar, tamat pengajian dengan jayanya

Antara Ojektif Khusus PROSPEN adalah:
  • Memberi sokongan dan bantuan khidmat konsultansi.
  • Mengalakkan perkongsian ilmu dan sumbangan intelektual. 
  • Menggalakkan penghayatan budaya penyelidikan dan penulisan ilmiah 
  • Menyediakan rangkaian pertukaran pelbagai kepakaran di kalangan pensyarah 
  • Meningkatkan kompentensi pensyarah PhD dalam komponen perkhidmatan dan penglibatan 
Strategi PROSPEN meliputi
  • Coaching dan Mentoring
  • Interaksi dan bimbingan bersemuka 
  • Bengkel, kursus, forum, wacana di peringkat kampus, zon atau pusat 
Diharapkan program seperti ini akan membantu pencapaian matlamat menghasilkan 33% pensyarah IPGM berkelulusan PhD pada 2020 dan pemegang ijazah Sarjana 100% menjelang 2018.







Baca selanjutnya ...

Rabu, Mei 29, 2013

Cabaran Inovasi Guru Negeri Perak Sempena Hari Guru 2013

Bersama Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Perak
Pada 21 hingga 22 Mei lepas, satu pertandingan inovasi peringkat negeri Perak dalam kalangan warga pendidik buat julung-julung kali telah diadakan di MRSM (Felda) Kampus Tun Abdul Razak di Trolak. Teman selaku panel hakim amat teruja dengan idea kreatif para guru menghasilkan bahan-bahan inovasi terutama dalam bidang pedagogi.

Berbagai hasil inovasi telah dipamerkan yang mana teman boleh kategorikan kepada 3 kategori iaitu projek yang baru dibina, projek yang telah dilaksanakan di sekolah masing-masing dan bahan inovasi yang telah diuji keberkesanan serta disebar luas.

Walaupun di peringkat negeri Perak, ini adalah pertandingan yang pertama kali dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri, banyak aspek penghasilan, pendokumentasian, pembentangan dan pameran boleh ditambah baik.

Di antara aspek dokumentasi yang perlu dititik beratkan adalah pembuktian elemen kreativiti, impak inovasi, keberkesanan yang nyata dari segi hasil dan kos, peringkat perlaksanaan, tahap replikabiliti dan sokongan pengurusan sekolah. Setiap elemen perlu dibuktikan dengan data dan rekod sokongan supaya bahan inovasi dapat dipertanggungjawabkan dan terbukti mempunyai elemen penciptaan nilai (value creation)

Modul PIS


Modul 5W1H

Dam Gergasi

Jawi KUKUS

Jawi Tanda Bacaan

Pemulihan Teng-Teng

Pemulihan Token

Minda Jawi

Pengiraan Baja

Big Book

Pengiraan elektrik

Prinsip Akaun Berwarna

Modul Sejarah

Akronim Ekonomi Asas 

Nature Alive

Pedia

Ezy Draw

Phonics Wheel

Bacaan Haraki

LCD Projektor

Cosme

iPad

GLobal Classroom

Pra Sekolah Pekak

BUBA

Reka Sifir

Jawi Cepat

Bilik Gelap


Novel Freezy

Bacaan dan Gerakan

Intergrasi ICT

Baca selanjutnya ...

Ahad, Mei 19, 2013

Bengkel Pemantapan Dokumen Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Bersama Datuk Abd Rahim (SU MBI)
Ketika teman mengendali bengkel Pemantapan Dokumentasi Inovasi MBI tersebut, seorang peserta bangun bertanya, "tuan, jika macam inilah skema pemarkahan dan rekod yang perlu disediakan amat rumit dan sukarlah bagi kami yang dalam golongan pekerja bawahan terlibat dengan inovasi?". Soalan salah seorang peserta bengkel dari MBI tersebut ada benarnya kerana ada 2 sebab teman berkata demikian. Satu adalah, penyediaan rekod sebagai bukti serta persembahan data-data statistik yang perlu disediakan dengan lengkap sebagai mengukuhkan bahan inovasi yang dipertandingkan memang sukar dikuasai oleh golongan pekerja bawahan. Dua adalah, bagi pertandingan Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA), kelayakan masuk ke pertandingan tersebut adalah paling kurang pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut memproleh sekurang-kurangnya 3 bintang dalam penarafan bintang (SSR). Oleh itu jika ada pekerja yang telah mereka sesuatu inovasi yang baik, namun organisasi tidak memproleh 3 bintang, sukarlah bahan inovasi diketengahkan.

Namun, hasrat kerajaan amnya dan PBT khususnya meletakkan syarat dan skema sebegitu ada sebab dan objektifnya. Selaras dengan slogan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan, hasrat kerajaan adalah melihat perlaksanaan inovasi dalam PBT adalah bersifat menyeluruh serta melibatkan pengurusan atasan sehingga semua peringkat pegawai. Kerjasama semua pihak, kolaborasi antara jabatan-jabatan serta pembudayaan inovasi secara tersusun dan menyeluruh menjamin penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat ditingkatkan.

Dalam bengkel kali ini selain kakitangan MBI dari semua jabatan, ia juga disertai oleh wakil dari Majlis Perbandaran Taiping dan Sekolah Kebangsaan Methodist Ipoh. Para peserta telah diberi pendedahan skema baru, berbengkel serta membuat persembahan inovasi. Peserta juga telah diberi tips cara membentang projek yang berkesan yang dapat mempengarui juri hakim.

Kesimpulannya, kejayaan satu inovasi bukan sahaja terletak kepada alat atau perkhidmatan yang direka, tetapi juga aspek pembuktian data dan rekod, bahan diterjemahkan kepada data yang menunjukkan berimpak tinggi, panduan pengguna/manual, budaya inovasi yang menyeluruh dalam organisasi, dokumentasi inovasi, dan persembahan semasa lawatan panel. Oleh itu, kejayaan sebuah inovasi bukan secara individu tetapi secara kolektif.
Sesi Ceramah selama 2 hari
Baca selanjutnya ...