Sabtu, Jun 01, 2013

Program Sokongan Pensarjanaan Pensyarah (PROSPEN) 2013 Perkongsian Pintar

Pembentangan kertas projek sarjana dan doktor falsafah para pensyarah IPGM sempena Program Sokongan Pensarjanaan Pensyarah (PROSPEN) telah dijalankan di IPG Kampus Persekutuan Pulau Pinang pada 8 hingga 10 Mei 2013 dengan jayanya. Selama 3 hari berturut-turut pensyarah yang sedang melanjutkan pelajaran dari berbagai bidang telah membentangkan projek mereka untuk dinilai dan ditambahbaik. Teman turut menjadi panel penilai, teruja dengan inisiatif penganjur bagi membantu pensyarah dan IPGM agar sasaran 33 % pensyarah IPG mempunyai PhD dapat dicapai menjelang tahun 2020.

Kementerian Pelajaran telah mewujudkan Lima program persarjanaan pensyarah IPGM itu
  • Cuti Belajar Tanpa Gaji 
  • Hadiah Latihan Persekutuan- Cuti Bergaji Penuh dengan Biasiswa 
  • Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa 
  • Hadiah Latihan Persekutuan secara Sambilan 
  • Belajar secara sambilan 

Sebagai Panel Penilai semasa sesi Pembentang calon Phd, Ust Razimi

Kini Pensyarah IPGM (Mei 2012) 20% telah mempunyai PhD dan sarjana sebanyak 80%.
Dengan adanya PROSPEN, ia akan dapat membantu pensyarah IPGM yang belajar secara sambilan atau yang akan belajar, tamat pengajian dengan jayanya

Antara Ojektif Khusus PROSPEN adalah:
  • Memberi sokongan dan bantuan khidmat konsultansi.
  • Mengalakkan perkongsian ilmu dan sumbangan intelektual. 
  • Menggalakkan penghayatan budaya penyelidikan dan penulisan ilmiah 
  • Menyediakan rangkaian pertukaran pelbagai kepakaran di kalangan pensyarah 
  • Meningkatkan kompentensi pensyarah PhD dalam komponen perkhidmatan dan penglibatan 
Strategi PROSPEN meliputi
  • Coaching dan Mentoring
  • Interaksi dan bimbingan bersemuka 
  • Bengkel, kursus, forum, wacana di peringkat kampus, zon atau pusat 
Diharapkan program seperti ini akan membantu pencapaian matlamat menghasilkan 33% pensyarah IPGM berkelulusan PhD pada 2020 dan pemegang ijazah Sarjana 100% menjelang 2018.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih