Logo IS |
Akademik Anda ini ditubuhkan oleh beberapa orang bekas pemimpin pelajar IPT seperti ITM dan universiti tempatan. Antaranya bekas pemimpin pelajar KSITM yang disingkirkan dari pengajian kerana terlibat menganjurkan Demonstrasi Baling. Walaupun diberi peluang meneruskan pengajian namun mereka menolak. Antaranya Sdr Mohd Anuar Tahir, Sdr Jamaludin Muhyiddin, Sdr Muhammad b Munawwar dan Sdr Aziz Omar. Sebahagian lagi siswazah lepasan UPM dan bekas pemimpin pelajar seperti Sdr Syed Muhsin dan Sdr Fadhil Alias.
Sekolah ditubuhkan di Bandar Ipoh kerana kedududukan bandar Ipoh pada ketika itu majoriti bukan Melayu, keadaan orang Melayu sendiri kurang pendedahan tentang Islam dan ramai anak Melayu terkandas atau gagal meneruskan pengajian mereka. Di samping Ipoh terdapat cawangan ABIM, KPIP dan PKPIM, di samping menjadikan Ipoh sebagai pusat perkembagan Islam yang baru selain KL. Semasa mula-mula ditubuhkan, hari pertama pendaftaran hanya seorang pelajar sahaja mendaftar iaitu Cik Rohani Yusof. Bayaran yuran sangat rendah cukup untuk menampung guru, tetapi tidak menghalang melemahkan semangat guru-guru.
Akademik Anda mendapat sambutan pelajar sekitar Ipoh kerana orientasinya yg menekankan nilai-nilai Islamiah sangat disukai ibu bapa pelajar. Pada 12 Jan. 1976 Akademik Anda berpindah ke bangunan baru yang lebih indah dn selesa di alamat 9B, Tingkt 2, Kinta Mansion, Medan Kidd, Ipoh. Beberapa bulan kemudian AA terpaksa ditukar nama kerana istilah AKADEMI dikatakan tidak sesuai oleh JPN Perak. Nama baru Institut Al-Ridwan sempena nama Negeri Perak Darul Ridzuan, kemudian ditukar lagi nama kpd Yayasan Al-Ridwan. Pada pertengahan tahun 1976 sekolah ini terpaksa ditutup beberapa hari kerana beberapa orang pelajar perempuannya diserang histeria.
IS Dahulu |
Bangunan sekarang setelah IS sudah tiada lagi |
Pada 7 Januari 1977 bersamaan 18 Safar 1397 Hijrah Institut Sofar (IS) ditubuhkan di 22A, Medan Kidd, Ipoh. Itu le sekolah kita. Nama IS dicetuskan oleh Sdr Syed Muhsin sempena penubuhan IS dalam bulan Safar. Mulai penubuhan IS, Pengetuanya adalah Cikgu Abdul Halim b. Ismail. Barisan guru seramai 23seperti Abd Ghani Dahalan, Abd Ghani Ishak, Abd Rahman b Aziz, Abdullah b Mohd, Esah bt Hasan, Fazham b Hj Taib, Abd Malik b Mokhtar, Yassin b Baboo,Rohaini bt Haiyun, Muhibbah bt Ardani, Rosiah bt Idrus, Sariah bt Akib, Mohd Anuar Tahir, Alies Anor, Zainom b Omar, Muhd Munawar, Jamaludin Muhyiddin, Robitah bt Tehak, Rohani Lajat.
Pada 1978 sekolah ini pernah mencatat sejarah di Perak kerana seramai lebih 30 orang telah berjaya ke menara gading. Keputusan tersebut telah mengatasi pencapaian sekolah-sekolah kerajaan.
Pengetua Cg. Halim Ismail |
Namun ketika teman menuntut di sana (1983-84) antara guru yang mengajar seperti Cg. Halim Ismail, Cg. Ridzuan Othman (Prof), Cg. Fauziah Kamaruddin, Cg. Husni, Cg. Azmi, Ust Rivai Batu Bara, dll... Walaupun teman dapat tawaran ke sekolah berasrama, tetapi dengan budaya dan etos yang dibawa oleh IS dan guru-guru di IS, teman telah mengambil keputusan untuk terus di IS. Alhamdulillah, berkat kesungguhan para guru, doa ibu bapa, guru serta keikhlasan Tn. Hj. Khairuddin, teman telah memproleh 5 prinsipal STPM. Hanya Allah yang dapat membalas budi anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih