Semalam teman membentang satu projek inovasi di depan panel yang terdiri dari orang-orang besar TM dan MPC. Selesai sesi pembentang sempena pertandingan anugerah inovasi 2011, rakan-rakan yang bersama-sama turut serta mendengar sesi berkenaan bersalaman memberi ucapan tahniah kerana teruja dengan penyampaian teman. Teman sebagai orang kerdil hanya mengucap syukur kerana telah diberi kemudahan dan lapang dada olehNya semasa sepanjang sesi pembentang tersebut berjalan.
Walaupun bagi teman itu merupakan perkara biasa, namun bagi yang baru melihat sesi berkenaan, mereka merasa sesuatu kemahiran baru yang perlu mereka kuasai sebagai inventor untuk berkomunikasi.
Teman hanya nak berkongsi tips dari aspek ‘transfomasi diri’ sahaja pada kali ini, jika mahu menguasai audien.
Jika mahu menjadi inventor yang mampu menyampaikan mesej dengan berkesan, aspek diri iaitu 3W dan 3V iaitu:
Why
Kenapa kita melakukan pembentangan? Kita tahu tujuan atau objektif membuat pembentangan. Ini membantu kita menstruktur atau merancang dalam sesi pembentangan.
What
Apakah kandungan yang diketengahkan di dalam pembentangan. Faktor isi kandungan sesuatu pembentangan adalah sebab utama audiens menghadiri pembentangan anda.
Who
Siapa pendengar. Dengan mengenali siapa audiens seperti latar belakang, pengetahuan sedia ada, tahap pemahaman dan apa yang bakal membuat mereka tertarik mengenai pembentangan yang bakal mereka hadiri dapat membantu pembentangan kita.
Visual
Visual membawa maksud sesuatu yang boleh di lihat semasa sesi pembentangan. Apa sahaja yang boleh dilihat akan membawa impak kepada audiens daripada baju yang anda pakai sehinggalah chart yang digunakan semasa sesi pembentangan. Semuanya memainkan peranan penting dalam pembentangan.
Antara perkara yang berkaitan dengan visual yang patut anda titik beratkan;
1. Penampilan diri.
2. Alat bantuan yang anda gunakan.
3. Nota atau apa sahaja yang diberikan kepada audiens.
Setiap visual ini akan mempengaruhi 43% tindakan audiens. Jadi pastikan setiap visual di dalam sesi pembentangan tidak akan mengganggu gugat pembentangan anda.
Verbal
Verbal pula ialah penggunaan ayat di dalam sesi pembentangan. 7% sahaja bahagian verbal ini yang akan mempengaruhi tindakan audiens. Jika berhenti separuh jalan kerana gugup dan sebagainya, ia akan memusnahkan sesi pembentangan tersebut.
Vocal
Vocal pula adalah intonasi yang digunakan semasa melakukan pembentangan. Kekuatan dan kekemasan vocal akan mempengaruhi 38% tindakan audiens. Disebabkan itulah, setiap pembentangan yang dilakukan mestilah kreatif dalam seni pengucapan awam. Anda tidak boleh bercakap terlalu mendatar! Setiap tutur kata mesti ada intonasi yang betul dan tepat. Anda mesti tahu bahagian mana perlu gunakan suara yang lantang dan bahagian mana suara yang agak perlahan.Gunakan intonasi dengan betul, audiens tidak akan bosan dengan pembentangan anda!
bagus nasihat itu, saya akan cuba nanti jika perlu buat pembentangan :)
BalasPadamSatu perkongsian ilmu yang besar, walaupun nampak begitu mudah. Ramai yang tidak menyedari petua berguna ini. thumbs up!
BalasPadam