Hari ini teman telah menurunkan tips yang diberikan oleh uda neah tentang pelindung harta dari kecurian. Pengalaman beliau ketika buah-buah kelapanya telah dicuri, telah dilaporkan kepada AllahyarhamTok Mok. Allahyarham Tok Mok menyuruh beliau mengamalkan satu ayat dalam surah Al An'aam:122.
أَوَ مَن كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَن مَّثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِّنْهَا كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْكَافِرِينَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
(maksud ayat: Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayat petunjuk) dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) yang menerangi (sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan dapatlah) dia berjalan dengan suluhan cahaya itu dalam masyarakat manusia, (adakah orang yang demikian keadaannya) sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang yang kafir itu akan keelokan apa yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan segala jenis maksiat) ).
Ini lanjutan dari rumah teman telah dimasuki pencuri. Habis ler duit anak teman dan emas isteri teman dema sapu. Lanjutan dari itu ramai ler yang simpati menurunkan pelbagai tips untuk menjaga harta dari segi kekuatan fizikal dan spiritual.
Tapi bagi yang ingin mencuba, sila. Namun iktikad kita kena betul bahawa segala usaha tidak memberi bekas kecuali dengan izin Allah. Keterangan lanjut hubungi teman.
Baca selanjutnya ...