Sepanjang perjalanan ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) di Kuala Pilah untuk memberi kursus KIK, banyak kain rentang mempromosi "Air Janda Pulang", lalu teman bertanya kenapa 'Janda" yang mendapat nama? Lalu orang tempatan bercerita bahawa di Kuala Pilah zaman dahulu terkenal dengan banyak janda sehingga ada pantun terkenal berkaitan janda Kuala Pilah.
|
Air Janda Pulang |
|
Kain Rentang Janda |
Jadi pada ceramah KIK di KMNS kali ini teman telah memulakan dengan pantun janda:
Kalau nak tau podehnyo lado
Dibolah-bolah digiling-giling
Kalau nak tau banyaknyo jando
Kolo Pilah jalan Senaling
Para peserta tertawa dengan loghat Negeri Sembilan teman ketika membaca pantun tersebut. Ini sebagai set induksi ceramah teman.
Pada bengkel KIK di KMNS kali ini, peserta telah membentangkan projek mereka pada sesi pembukaan. Pendekatan begini dibuat pada kali ini adalah kerana kesemua kumpulan telah memperoleh pendedahan asas. Kehadiran kami pada kali ini adalah untuk memantapkan proses KIK berasaskan 9 proses utama KIK iaitu:
- Kenalpasti masalah
- Memilih masalah
- Definisi Masalah
- Penetapan sasaran projek
- Analisis punca masalah
- Cadangan Penyelesaian
- Pemeriksaan
- Pemantauan dan Penyeragaman.
- Penciptaan nilai
Hasil dari pembentangan tersebut, baru dapat diketahui kekuatan dan kelemahan yang ketara dalam proses KIK yang telah dibentangkan. Kebanyakan mereka mempunyai kekuatan di mana mempunyai pengetahuan asas KIK, namun kelemahan ketara adalah
- Penggunaan alat kawalan kualiti yang kurang mantap kerana aturan alatan yang digunakan
- Kurang memahami tujuan alat kualiti digunakan terutama pareto, ishikawa, analisis data matriks dan sebagaianya.
- Kesilapan teknikal semasa menggunakan alat kualiti
- Rekod serta dokumentasi yang kurang
- Bukti penciptaan nilai.
KMNS mempunyai kekuatan dan mampu mengukir bintang kerana mempunyai pengurusan atasan yang menyokong perkembangan KIK serta tenaga kaki tangan yang mempunyai minat dan momentum yang tinggi untuk berkerja secara sistematik dan inovatif.
|
KMNS |
|
Bersama Pengarah KMNS |
|
Pengarah KMNS |
|
Sesi Ceramah Teman |
|
Sesi Ceramah rakan Teman Dr Abd Hadi |
|
Sesi Bengkel |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih