Selasa, Jun 09, 2009

BI Wajib Lulus SPM

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Orang ramai yang ingin mengemukakan cadangan dan pandangan berhubung isu Bahasa Inggeris syarat wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh berbuat demikian melalui saluran telefon dan e-mel yang disediakan Kementerian Pelajaran.Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, ia boleh disalurkan ke talian khidmat pelanggan kementerian itu di 03-77237070 atau e-mel di kpkpm@moe.gov.my.Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mempelawa orang ramai mengemukakan pandangan mengenai isu mewajibkan calon lulus bahasa Inggeris sebagai syarat lulus SPM.Sebelum ini, beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus.-- BERNAMA
Adui.. ini la bahana dasar yang tidak mementingkan penyelidikan. Sepatutnya KPM telah membuat segala analisis statistik inferen tentang kelulusan BI. Data kelulusan peperiksaan ada di tangan KPM. Buat analisis perbandingan berdasarkan lokasi (bandar, luar bandar, pinggir bandar), bangsa (Melayu, Cina, India, Lain-lain bangsa), jantina dan sebagainya sebelum membuat kenyataan atau pun dasar awam. Para ilmuan di KPM ramai. Apa guna belajo sampai PhD. Sedangkan orang yang membuat dasar tak memandang kepada para ilmuan dan data-data lepas yang boleh digunakan untuk analisis dan menjadi rujukan sebelum membuat dasar. Bentangkan kepada pak menteri situasi semasa. Bagaimana kedudukan kelulusan ikut lokasi, bangsa dan sebagainya. Buka mata pak menteri supaya rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan bukan populariti serta kontroversi didewakan.

Sampai masa orang yang berada di KPM ni meneliti data sebelum membuat dasar. Yang ada PhD di KPM perlu agresif supaya pak menteri yang tak ada PhD tu sedar apa yang dikata. Jangan pisang PPSMI berbuah 2 kali di mana dasar telah dilaksana, baru buat kajian. Kajian yang dilaksanakan pula hanya untuk menyokong dasar tersebut.

Cukuplah.. anak didik kita jangan dipolitik dan digadaikan. Mereka bukan bahan experimen yang boleh diuji. Mereka perlu sistem yang mantap demi masa depan. Soalan teman: Korang pentingkan penguasaan isi kandungan pelajaran (sains, math, dll) atau kemahiran bahasa inggeris sahaja?

Jika inilah gaya kepimpinan negara iaitu 'metodologi sedap mulut' dalam melihat isu pendidikan, sosial, ekonomi dan politik, negara akan hancur. 'Metodologi sedap mulut' tanpa merujuk kepada dapatan kajian dan penyelidikan, negara akan menjadi negara yang cemerlang, terbilang hanya temberang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih