Pada saat temans di bangku sekolah dan universiti, teman amat kagum dengan pidato DSTG Hadi Awang. Gagasan politik dalam minhaj tarbiyyah umum memang amat hebat. Ketika di universiti jika ada jemputan pidato atau forum umum yang melibatkan tokoh tersebut , universiti akan penuh dengan pengkagum tokoh itu. Kini suara lantang pidato DSTG Hadi Awang telah serak dan tidak lagi selantang dan segagah zaman 80an.
Selain peminat DSTG Hadi Awang, teman juga kagum dengan pidato berkecindan dan sinis oleh Allahyarham Us. Fadhil Noor. Kaset-kasetnya menjadi bahan rujukan dan hiburan kadang-kala. Kaedah kias ibarat menunjukkan kepakaran ilmu mantik pemidato. Ini menjadikan allahyarham begitu hebat di kalangan kawan dan lawan. Namun tokoh tersebut telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya ketika ahli PAS masih memerlukan khidmat allahyarham.
Di samping tokoh tersebut, TG Nik Aziz turut popular. Ketokohan beliau dihormati sehingga kini. Nama Abang Mat atau Mat Sabu memang teman minati sejak dulu. Minat teman tersebut adalah kerana kepakaran dan kemahiran dalam pengucapan umum. Pidato yang bersahaja dan penuh kias dan kelakar menjadikan beliau seorang dikenali di mana sahaja di alam Malaya. Bila ada sahaja demonstrasi massa, nama Bang Mat selalu ada dalam senarai tangkapan polis. Orang PAS sudah lali dengan tangkapan Bang Mat. Malah menganggap bahawa Bang Mat ditangkap adalah satu kebiasaan sebagai pejuang kebenaran.
Tokoh-tokoh pimpinan lain yang popular adalah beberapa panelis forum/debat yang sering dijemput ke universiti membawa gagasan PAS mendepani tokoh-tokoh UMNO. Yang lain bagi teman adalah pejuangan yang kurang terserlah di kalangan khalayak Malaya pada era 80an. Jika terserlah pun adalah setelah era selepas 90an dan orang baru dalam pejuangan PAS. Ada yang lahir secara keturunan, ada yang lahir secara kebetulan, ada yang lahir kerana desakan, dan ada yang lahir kerana terpaksa. Namun bagi teman dalam apa cara kelahiran tokoh pimpinan baru, mereka perlu lahir dan membawa misi dan visi perjuangan. Pimpiana PAS perlu ada gagasan semasa yang besar dan hebat dan dapat digarap supaya sesuai dengan perjuangan parti. Biah perjuang sentiasa berubah dan dinamik mengikut zaman. Pemimpin PAS baik di kalangan ulamak atau bukan ulamak perlu peka perubahan biah tersebut.
Pada 7 Jun 2009 lepas, ahli PAS telah membuat keputusan barisan pimpinan baru. Kepimpinan yang dilantik oleh ahli-ahli PAS ada alasan dan sebab-musabab masing-masing. Namun bagi teman, seolah-olah PAS sudah ketandusan kepimpinan dinamik dan muda. DSTG Hadi Awang mengajak ahli PAS mengorak langkah untuk terus mara dengan memimpin rakyat dan negara ke arah perubahan yang hakiki menerusi tema Muktamar kali ini iaitu - "Islam Memimpin Perubahan". Hakikatnya, teman masih musykil dengan barisan yang dipilih yang menggambarkan corak pemilihan dan pemikiran ahli PAS sebagai pemilih.
Untuk menjadi pemimpin, perlu punya sifat dan berpemikiran strategik serta analitik. Tarbiyah yang dilalui bukan di mimbar masjid, dewan kuliah dan di atas permaidani sahaja, tetapi pemimpin tersebut perlu telah ditarbiyyah bersama-sama ahli biasa yang mengharungi peluru, asap pemedih, dadah, mat rempit dan berbagai gejala politik, sosial dan ekonomi. Segala domain pengetahuan dan pengalaman tersebut perlu dikuasai supaya pemimpin yang berpemikiran strategik dan analiktik dapat dilahirkan.
Sama ada ulamak dan bukan ulamak, pimpinan itu adalah manusia biasa. Ilmu agama semata-mata tidak semestinya menajamkan pemikiran yang analitik dan strategik dan begitulah sebaliknya. Kebanyakan ahli PAS dan usul Dewan Ulamak Pas mahukan dua post tertinggi adalah ulamak. Pandangan tersebut adalah baik. Namun menidakkan pemikiran strategik yang bukan ulamak di kalangan ahli PAS, adalah merupakan pemikiran kurang bijak oleh ahli dewan ulamak.
Kita perlukan pimpinan yang mempunyai gagasan besar dan semasa serta terkini. Melihatkan kepada pimpinan tertinggi yang ada, teman kurang yakin ini dapat dipenuhi. Tiket ulamak semata-mata bukan bermakna PAS akan terus relevan. Gabungan ulamak dan profesional perlu diambil kira. Presiden ulamak dan timbalan presiden profesional. Kan satu gabungan yang mantop. Tidak semestinya presiden mati timbalan presiden yang bukan ulamak mengambil alih pimpinan. Itupun kalau masih mahukan presiden adalah ulamak.
Di samping itu PAS kurang belajar dari dari kehendak semasa. PAS perlu menyedari bahawa kehadiran penyokong setengahnya bukan kerana PAS tetapi kebencian terhadap UMNO. Mereka terdiri dari generasi Y yang 'technology savvy'. Kepekaan terhadap keperluan dan kehendak mereka menyebabkan PAS akan terus relevan. Tetapi jika keperluan dan kehendak mereka tidak dipenuhi, tidak mustahil PAS akan ditinggalkan. PAS sepatutnya telah berfikir supaya saf kepimpinan yang muda perlu dibariskan. Kepimpinan yang ikhlas, matang, agresif dan bertenaga perlu diberi keutamaan. Pak Lah telah membuat pengorbanan perletakan jawatan untuk kepimpinan lebih muda memegang tampok pemerintahan. Tetapi PAS masih dalam ruang lingkup lama. Bariskan pimpanan baru Ust. Idris Ahmad, Ir. Nizar, Dr. Mujahid, Salihudin Ayob, Husam Musa dan beberapa pimpinan muda lain perlu diberi peluang. Jika perlu, presiden juga harus memberi laluan kepada pimpinan muda yang lebih bertenaga dan berwawasan.
Di samping itu PAS kurang belajar dari dari kehendak semasa. PAS perlu menyedari bahawa kehadiran penyokong setengahnya bukan kerana PAS tetapi kebencian terhadap UMNO. Mereka terdiri dari generasi Y yang 'technology savvy'. Kepekaan terhadap keperluan dan kehendak mereka menyebabkan PAS akan terus relevan. Tetapi jika keperluan dan kehendak mereka tidak dipenuhi, tidak mustahil PAS akan ditinggalkan. PAS sepatutnya telah berfikir supaya saf kepimpinan yang muda perlu dibariskan. Kepimpinan yang ikhlas, matang, agresif dan bertenaga perlu diberi keutamaan. Pak Lah telah membuat pengorbanan perletakan jawatan untuk kepimpinan lebih muda memegang tampok pemerintahan. Tetapi PAS masih dalam ruang lingkup lama. Bariskan pimpanan baru Ust. Idris Ahmad, Ir. Nizar, Dr. Mujahid, Salihudin Ayob, Husam Musa dan beberapa pimpinan muda lain perlu diberi peluang. Jika perlu, presiden juga harus memberi laluan kepada pimpinan muda yang lebih bertenaga dan berwawasan.
"Kerajaan perpaduan" adalah konsep yang didokong oleh saf pimpinan baru. Teman kata konsep bukannya gagasan adalah kerana kempen tersebut hanya membawa keretakan dan kekeliruan kepada pakatan PR. Jika konsep itu mahu jual kepada semua parti politik, PR perlu dibawa berbincang dan diberi penjelasan terlebih dahulu. PAS seolah-olah mahu menjadi hero dan merasakan kemenangan yang diraut adalah kerana kekuatan PAS sendiri. Jangan jadi parti yang merayap seperti biawak di waktu malam. Dan ingat pesanan nabi jangan masuk lubang biawak 2 kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih