Dalam kesibukan kerja satu panggilan telefon dari isteri memberitahu tentang kemalangan anak saudara. Kemalangan motosikal berlaku telah menyebabkan pendarahan otak, patah tengkok dan kaki apabila motsikal yang ditunggangi berlanggar dengan sebuah kereta semasa perjalanan ke sekolah.
Teman selalu bersembang dengan kenkawan, teman selalu menyatakan bahawa
kalau sayang anak, jangan belikan moto...
Semoga Mohsin cepat sembuh dan pulih sediakala dan meneruskan kecemerlangan PMR anda sebelum ini yang telah memperolehi 8A.
Di hospital yang sama, seorang guru muda (anak bekas pensyarah IPG Perlis - En Mustafa Tuah) turut kemalangan semasa menunggangi motor semasa kembali dari bertugas di sekolah. Guru tersebut meninggal setelah menderita selama 4 hari dengan kepala pecah dan kaki patah. Moga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt. Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih