Semalam teman berkesempatan meluangkan masa dari sebelum maghrib sehinggalah selepas tarawikh bersama-sama bakal "engineer insan" muda. Melihat wajah-wajah mereka teman rasa sungguh teruja dengan semangat kerjasama, keceriaan dan pengamalan sifat mulia sepanjang pemerhatian teman tersebut. Tanpa kehadiran pensyarah, segala jentera dan anggota jawatankuasa berjalan dengan licin tanpa ada perasaan semburu dan irihati.
Berbuka dan bertaddarus
Jika inilah wajah "engineer insan" muda, teman cukup yakin pembangunan insan secara menyeluruh meliputi rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial akan tercapai. Dari majlis berbuka, bertaddarus, bertarawikh sehinggalah penyediaan jamuan, nampak berjalan dengan licin dan matang. Rasanya ibubapa kepada anak-anak muda ini harus berbangga kerana berjaya melahirkan zuriat yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi rohani dan sosial.
Sambil teman meninjau-ninjau sekeliling surau, teman terpandang satu iklan yang menarik perhatian. Moga-moga teman terpilih untuk jawatan kosong berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih