Sabtu, September 05, 2009

Merdeka vs Mau Duit Ka

Pada perhimpunan pagi Jumaat lepas, teman cukup terharu dengan sambutan kemerdekaan di kalangan warga guru. Dengan kibaran jalur gemilang serta beberapa buah lagu patriotik yang dinyanyikan secara medley menambahkan semangat teman untuk memelihara dan membangun terus negara tercinta. Melihatkan warga perhimpunan dari berbilang kaum bersemangat, teman merasakan pemeliharaan kemakmuran, perpaduan serta kemerdekaan dapat direalisasikan.

Di akhir acara, warga perhimpunan bersama-sama melaungkan laungan keramat sebanyak 3 kali...Merdeka! Merdeka! Merdeka!.

Dalam pada itu teringat teman lawak jenaka rakan-rakan nakal teman satu ketika dahulu. Mereka yang melaungkan perkataan keramat beramai-ramai itu, adakah betul sebutan mereka? Ada di kalangan mereka terutama di stadium, di jalanraya, di padang ... ada yang tidak menyebut perkataan "Merdeka" sebetulnya. Mereka hanya melaungkan perkataan "mau duit ka"... para hadirin yang menyahutnya dengan "mau". Jika difikir-fikirkan, kadang-kala ada kebenaran lawak mereka. Zaman kini dilihat para pemimpin yang ingin menjadi pemimpin dan menarik pengaruh perlukan duit. Itu la zaman era selepas 52 tahun merdeka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih