Jumaat, Mac 23, 2012

Hari Keluarga Usraty 2012


AlhamduliLah, Allah telah perkenan apa yang telah dirancang bagi menjayakan Hari Usraty kali kedua pada 9 hingga 11 Mac lepas yang melibatkan hampir 30 orang. Program yang bermula dengan berkumpul di Jetty Water Front Lumut pada pukul 3.00 petang telah berjalan seperti dirancang. 

Aktiviti Hari Usraty telah berakhir pada 11 Mac, pada jam 1 tengahari. Program tersebut telah dianjurkan dengan jayanya. Apa yang menarik dalam penganjuran pada kali ini adalah penggunaan teknologi medium social Facebook dalam berkomunikasi, berbincang dalam membuat perancangan dan penyelarasan program berkenaan. 

Di samping itu, Teman merasakan program kali ini mempunyai impak yang besar dan amat signifikan kerana teman dapat: 

1. Mengeratkan silaturahim antara keluarga. 
2. Mengenali hati budi setiap ahli keluarga dari yang muda sampai yang veteran. 
3. Mengenali tahap ketahanan emosi, mental dan fizikal setiap ahli keluarga. 
4. Menanam rasa tanggungjawab terhadap amanah yang telah diberikan dalam menjayakan program walaupun melalui Facebook. 



Di antara program yang berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang adalah

9 hb
3.00 pm berada di Jetty Water Front Lumut
4.30 pm sampai chalet Pangkor Village dan bebas
7.30 pm solat maghrib jama' isyak berjamaah di pantai
8.00 pm makan malam, perbincangan ringkas dan bebas

10 hb
6.00 am solat subuh berjamaah, tazkirah famili dan joging
8.00 am sarapan
9.00 am sukaneka, frisbe, mandi laut dan bebas
12.30 pm makan
1.30 pm solat jama' berjamaah rehat
2.30 pm pusing pulau (naik bot laju), acara water confidence dan snokerling
6.00 pm mandi laut
7.30 pm solat maghrib jama' isyak berjamaah di pantai dan
8.00 pm makan malam (BBQ), sambil pertunjukan bakat orang istimewa dan bebas

11 hb
6.00 am solat subuh berjamaah, tazkirah famili dan joging
8.00 am sarapan
9.00 am pusing pulau (jalan darat)
12.30 pm makan dan balik

Semoga bertemu lagi di lain program Usraty..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih