Setelah hampir selesai tugas teman menjadi panel inovasi dengan melawat hampir seluruh kerajaan tempatan bagi Pertandingan Inovasi Kerajaan Tempatan 2012 Peringkat Negeri Perak banyak pengalaman dapat teman timba. Boleh dikatakan seluruh majlis perbandaran dan daerah telah dilawati bagi melihat dan menilai hasil-hasil inovasi mereka. Dapatlah disimpulkan bahawa banyak kekuatan dan kelemahan hasil-hasil inovasi yang telah mereka hasilkan.
Kekuatan yang ditunjukkan sepanjang teman mengaudit hasil-hasil inovasi adalah:
- Idea: Kebanyakan pereka inovasi mempunyai idea yang telah ditambahbaik dengan menyesuaikan dengan penyelesaian masalah setempat. Kebanyakan mereka tidak mengadaptasi secara langsung, tetapi bijak mengubahsuai idea supaya dapat mengatasi masalah yang dihadapi.
- Tahap Perlaksanaan: Kebanyakan majlis daerah telah melaksanakan projek dengan jaya di tempat masing-masing. Hanya beberapa majlis kerajaan tempatan yang hanya melaksanakan projek pada peringkat prototaip atau cuba-cuba.
- Replicability: Oleh kerana kerajaan tempatan mempunyai prosedur kerja dan SOP yang sama, kebanyakan hasil inovasi boleh digunapakai oleh majlis daerah yang lain.
- Impak kepada Pelanggan dan Stakeholder: Secara langsung dan tidak langsung hasil-hasil inovasi memang mempunyai impak besar kepada pelanggan dan stakeholder dalam bentuk peningkatan kepuasan pelanggan, penurunan aduan, peningkatan kepada kepercayaan organisasi, mengurangkan karenah birokrasi dan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi.
- Outcomes: Dengan penghasilan produk inovasi, majlis telah dapat menunjukkan penjimatan kos, penjimatan masa, pengurangan tenaga kerja serta SOP baru yang lebih mudah.
- Kebanyakan majlis kerajaan tempatan telah disokong oleh pengurusan atasan dalam membudayakan inovasi dalam tempat kerja. Malah ada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan turut memberikan komitmen dan sokongan.
Namun, kekurangan yang ketara yang telah dikenal pasti adalah:
- Kekurangan aspek dokumen dan data sokongan dalam menyokong setiap hujah yang dikemukakan. Setiap proses dari penjanaan idea sehingga la kepada peringkat penyeragaman tindakan serta penyebaran luas tiada rekod yang boleh dirujuk.
- Kebanyakan hasil inovasi hanya digunakan pada peringkat majlis kerajaan tempatan masing-masing sahaja. Sebaiknya hasil tersebut perlu dikongsi dan diguna sama dengan kerajaan tempatan yang lain. Namun kebanyakan mereka menunggu sehingga selepas pertandingan. Perluasan penggunaan hasil inovasi kepada pihak lain akan membuktikan hasil kerja dan inovasi telah terbukti berjaya dan berkesan.
- Impak kepada pelanggan kebanyakan tidak dibuktikan secara baik dan teliti. Jika ada pun persembahan data tidak tepat dan tidak menerangkan kepuasan sebenar. Soal selidik yang dibina tidak diteliti dari segi kesahan dan kebolehcayaan.
- Hasil inovasi tidak disertakan dengan panduan pengguna/ manual. Ini menjadi penghalang kepada proses penyeragaman dan penyebaran kepada agensi lain.
- Tiada pengesahan oleh pakar atau badan luar dari segi teknikal terhadap ciptaan inovasi dan penjimatan kewangan yang berlaku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih