Sabtu, Jun 30, 2012

Mini Konvensyen KIK 2012 IPGKPI Panel Hakim

30 Jun 2012, IPG Kampus Pendidikan Islam telah menjemput teman menjadi panel hakim dalam mini konvensyen KIK dan pertandingan Inovasi di kampus berkenaan. Penghargaan yang tinggi oleh IPGKPI kerana dilantik menjadi hakim menyebabkan teman amat terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih.

Apa yang menambahkan rasa terharu teman adalah, mereka yang terlibat dalam pertandingan KIK tersebut adalah dalam kalangan dosen-dosen yang pernah teman latih di sebuah Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan di Temerloh. Dalam masa 4 bulan, mereka telah menunjukkan kemampuan menggunakan tools kualiti dalam pengurusan. Mereka juga mampu pergi lebih jauh dalam bidang pengurusan dan membuat keputusan yang kreatif. Tahniah kumpulan IMAN yang telah berjaya menjuarai pertandingan tersebut.

Di samping itu, sepanjang teman terlibat dengan IPGKPI, teman berpeluang mendekati pengarah IPGKPI. Sepanjang pergaulan, teman dapat membuat kesimpulan bahawa beliau adalah orang yang layak diberi penghargaan yang tinggi kerana telah berjaya menggerakkan IPGKPI dalam banyak bidang. Kalau dulu IPGKPI bukan siapa-siapa, tetapi kehadiran pengarah ini telah menjadi sumber ilham, pemangkin dan peneraju dalam transformasi pendidikan di IPGKPI



Sebahagian Ucapan Pengarah IPGKPI semasa Majlis Penutup Mini Konvensyen KIK IPGKPI tentang Budaya Ilmu dan Penyelidikan


Penutup Ucapan
Baca selanjutnya ...

Isnin, Jun 25, 2012

Fasilitator KIK Kolej Matrikulasi

Pada 25 Jun 2012, teman telah diberi kepercayaan untuk melatih bakal fasilitator Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dari seluruh kolej matrikulasi di Melaka. Wakil-wakil semua kolej matrikulasi yang bakal menjadi fasilitator telah dilatih dari pembentukan jawatan kuasa pemandu, penggunaan QC Story, QC tools dan perlaksaaan konvensyen KIK.

Pada kali ini teman telah menggunakan pendekatan dan strategi yang sama seperti yang telah digunakan semasa melatih para pensyarah dari sebuah IPG. Pendekatan dan strategi ini amat berbaloi kerana menampakkan keberkesanan dan mendapat pujian. Pendekatan andragogi yang digabungjalinkan dengan pendekatan konstruktivisme tersebut telah berjaya meningkatkan kefahaman tentang falsafah KIK.

KIK adalah merupakan tools yang amat praktikal dan sistematik dalam pendekatan penyelesaian masalah (problem solving) di tempat kerja.

Peserta

Penyelaras Program 

Baca selanjutnya ...

Rabu, Jun 13, 2012

myKompetens: Mesyuarat Penambahbaikan

Pada 13 Jun 2012 lepas satu mesyuarat penambahbaikan sistem pangkalan data myKompetens telah dilangsungkan di Cyberjaya. Tujuan mesyuarat adalah untuk pemantapan penggunaan dan penambahbaikan sistem pangkalan data kursus. Mesyuarat yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan IPGM telah mengemukakan beberapa cadangan yang kostruktif kepada sistem pangkalan data IPGM ini. Sistem ini telah memasuki fasa ketiga dalam pembinaan sistem. Fasa satu adalah merekod data kursus dan penyediaan  analisis. Fasa kedua diteruskan dengan peningkatan sistem dengan memasukkan data kepakaran dan Fasa ketiga adalah berkaitan dengan soalselidik kompetensi kakitangan. 

Sistem ini telah ditambahbaik dari masa ke masa dan telah diguna pakai oleh semua 27 buah IPG seluruh negara. Di samping itu sistem ini telah mendapat kepercayaan dan diguna pakai oleh agensi lain seperti Majlis Daerah Kampar Perak.

Sistem ini telah memenangi Anugerah Inovasi ICT Negeri Perak 2011.
Baca selanjutnya ...

Selasa, Jun 05, 2012

Petua dari Tangkuban Parahu

Baru-baru ini teman bersama rakan-rakan mengadakan lawatan kerja di Universitas Negeri Jakarta dan Universitas Pendidikan Indonesia. Kesempatan ini teman telah melawat puncak gunung berapi yang masih aktif di Tangkuban Parahu, Bandung. Dalam kesibukan para 'udin' menjual cenderamata di kawasan berkenaan, teman terpandang seorang tua yang sibuk juga menjual barang dagangannya. Perhatian teman terfokus kepada beliau kerana hanya dia sahaja yang nampak berusia dalam kalangan udin-udin tersebut. Lalu teman bertanya berapa usianya. Dia menjawab bahawa dia lahir pada 1920 (bererti telah berusia 92 tahun). Teman teruja kerana fizikal tubuh badan nya memang gagah tidak seperti orang tua dan masih menjalankan perniagaan cenderamata dengan memburu para pelancong yang datang. Justeru teman bertanya tentang petua kepada Bapak Endang Warsim tersebut. Pak Endang dengan senyum ramah dan lemah lembut memberikan petua kepada teman. Sambil memikul daun-daun kayu untuk ubatan tradisional dan serbuk sulfur gunung berapi (untuk ubat masalah kulit), beliau membisikkan kepada teman ayat dari surat AlKahfi di akhir ayat 19:

 وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَداً


"Anak, ayat ini dibacain disaat sebelum mandi", bisik beliau kepada teman. Setelah itu, teman menaiki bas pariwisata meninggalkan kawasan pelancongan tersebut. Di dalam bas, teman terfikir sendirian, mungkin Allah memberi rezeki kepada teman dengan pertemukan teman dengan Bapak Endang di Gunung Tangkuban Parahu. Dalam kesibukan rakan-rakan membeli cenderamata, teman dititipkan petua yang amat mahal dari celahan asap sulfur di lembah yang penuh diselaputi lava. Anugerah berharga sedutan dari surah Al Kahfi dari Bapak Endang diberikan tanpa perlukan bayaran. Walaupun Dayang Sumbi dan puteranya Sangkuriang (Lagenda Gunung Tangkuban Parahu) tidak ditemui di Kawah Ratu, petua Pak Endang sentiasa akan diingati. Semoga Bapak Endang diberikan kesihatan sentiasa dan dalam rahmatNya.



** makna ayat di atas: "dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu."
** ayat ini menceritakan 7 orang pemuda ditidurkan selama 300 tahun.
Baca selanjutnya ...

Ahad, Jun 03, 2012

UITM: Pendaftaran Pandu Lalu

Pada 3 Jun lepas teman telah pergi meninjau kaedah pendaftaran pelajar di UITM (Tapah). Apa yang menariknya sistem pendaftaran mereka berbanding tempat teman adalah konsep "Pendaftaran Pandu Lalu". Masuk sahaja ke pagar UITM tersebut, pelajar terus diberi kunci bilik kediaman. Ibubapa boleh terus memandu ke kolej kediaman membawa beg anak-anak mereka. Kebiasaanya, para ibubapa perlu menunggu lama anak-anak mereka untuk mendapatkan kunci bilik. Dengan konsep ini, institusi  yang seumpama ini perlu meniru dan menggunakan konsep yang baik ini. Kualiti perkhidmatan adalah berasaskan kepada kepuasan hati pelanggan. Perlaksanaan konsep ini perlu dipuji kerana bukan sahaja kepuasan hati pelanggan dapat ditingkatkan malah menjimatkan masa dan tenaga. Syabas UITM
Baca selanjutnya ...