Pada 19 hingga 21 Feb 2013 lepas, teman telah mengendalikan satu bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Kerajaan Tempatan SUK Negeri Perak. Peserta yang terdiri semua wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak telah diberi pendedahan berkaitan dengan dokumentasi yang perlu dilakukan semasa membuat persiapan untuk menghadapi pertandingan inovasi peringkat negeri dan kebangsaan.
Para peserta telah diberi pendedahan tentang kepentingan inovasi, faktor-faktor penghalang kreativiti, penyediaan senarai semak dokumentasi inovasi, membuat perancangan aktiviti inovasi, menganalisis kepuasan pelanggan hasil inovasi dan meninjau tentang outcome dan impak dari inovasi.
Para peserta juga turut didedahkan tentang dokumentasi secara fizikal yang telah dilakukan oleh para peserta inovasi di peringkat kebangsaan yang mementingkan juga tentang konsep "packaging" dalam memperaga dan mempromosi hasil inovasi. Jika dilihat kepada kesungguhan para peserta, tidak hairan PBT Negeri Perak akan muncul menjadi negeri cemerlang dalam bidang inovasi pada satu masa nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih