Sarana (tools) Ibu Bapa
Selama sehari suntuk pada 18 Disember,2012 lepas berlangsung Taklimat Sarana Ibu bapa dan Sarana Sekolah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara di Meru Raya Ipoh bagi membincangkan Anjakan ke 9 PPP iaitu Bekerjasama dengan Ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta.Wacana ilmiah ini dihadiri kebanyakan Pengetua/Guru Besar dan YDP PIBG sekolah Rendah dan Menengah Daerah Kinta Utara. Dengan PPPM 2013-2025, peranan Ibu bapa dalam membantu sekolah dalam bidang yang dibenarkan seperti termaktub dalam pekeliling KPM bil.5/2001 Batas dan Bidang Kuasa PIBG, telah disusun dan diberi satu garis panduan yang jelas.
Sarana ini dapat memberi panduan kepada ibu bapa menilai diri mereka sejauh mana mereka telah melaksanakan tanggung jawab kepada anak dan sekolah.
Dari aspek tanggungjawab kepada anak-anak, sarana telah menyediakan satu soal selidik yang dapat membantu ibu bapa menilai diri mereka dari aspek:
Dari aspek tanggungjawab kepada anak-anak, sarana telah menyediakan satu soal selidik yang dapat membantu ibu bapa menilai diri mereka dari aspek:
- Penyediaan suasana pembelajaran di rumah
- Interaksi sosial dengan anak
- Komunikasi dengan anak
- Sokongan terhadap kecemerlangan anak
Dari aspek tanggungjawab kepada sekolah pula, sarana telah menyediakan ruang secara rasmi kepada semua ibu bapa untuk terlibat dalam pembelajaran anak-anak di sekolah. Terdapat 2 cara yang boleh mereka sumbang kepada sekolah iaitu:
1. Terlibat dengan Kumpulan perbincangan Ibu Bapa dalam:
- menyediakan suasana pembelajaran disekolah,
- interaksi sosial,
- komunikasi dengan anak dan
- sokongan akademik
- akademik
- kokurikulum
- bimbingan kerjaya
- kebersihana, keceriaan, keselamatan dan kesihatan
- penyelenggaraan sekolah
- motivasi/ disiplin
- kumpulan sokongan ibu bapa
- mengiringi pasukan sekolah
- meluangkan masa untuk sekolah
Kesefahaman dan keselarian tugas antara pihak sekolah dan PIBG menjadi indikator kemajuan sekolah kerana salah satu ciri kecemerlangan ialah mengekalkan hubungan yang harmoni bersandarkan konsep keikhlasan dan kepercayaan (sincerity and trustworthy) untuk melihat pencapaian anak-anak dalam pembelajaran di sekolah .
Sarana Sekolah
Peranan Pengetua/Guru Besar selaku pemimpin, pengurus dan pentadbir menjadi cermin kemajuan sekolah. Kegagalan mengurus dan mentadbir merencat pembangunan pendidikan anak-anak . Tugas Pengetua/Guru Besar ialah membentuk budaya sekolahnya menjadi sebuah organisasi yang unggul dan berwibawa melalui kerjasama padu setiap warga. Justeru Pengetua/Guru Besar perlu memiliki ilmu dan kemahiran memimpin, mengurus dan mentadbir bagi memperkasa sumber manusia untuk mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan.
Sarana sekolah telah menyediakan 6 elemen yang perlu diteliti oleh pengurus sekolah. Mereka perlu memastikan 6 elemen ini disediakan dengan baik. Elemen tersebut adalah:
- Iklim sekolah yang kondusif dari aspek fizikal, sosial, emosi da akademik
- Komunikasi yang berkesan kepada ibu bapa, guru dan sekolah.
- Sokongan terhadap kejayaan pelajar dari aspek merancang, melaksana dan menilai
- Tanggungjawab bersama dengan ibu bapa, alumni, dan komuniti
- Keputusan bersama
- Kerjasama dengan komuniti
Jika kesemua elemen di atas dapat diikuti dengan baik dan cemerlang, kerjasama dan kolaborasi antara semua pihak akan subur dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memberi pendidikan cemerlang kepada anak-anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih