Pada 24 hingga 26 April lepas bersama-sama dengan Bahagian Pendidikan Teknologi dan Vokasional telah melaksanakan latihan Kumpulan inovatif dan Kreatif (KIK) kepada para pensyarah kolej-kolej vokasional. Seramai 50 orang telah terlibat dengan latihan berkenaan dalam melahirkan para fasilitator yang berketrampilan di sekolah masing-masing.
Sejak sekolah-sekolah teknik dan vokasional telah dinaik taraf kepada kolej, berbagai inisiatif telah diterokai. Ini bersesuaian dengan taraf organisasi mereka yang bakal mengeluarkan graduan bertaraf diploma. Selain mendapat pengiktirafan dari MQA, visi dan misi BPTV amat ke hadapan dalam mencari kelainan berbanding institusi sekolah harian dan asrama penuh biasa. Pada ketika ini terdapat 72 kolej vokasional dan 11 kolej vokasional yang bakal dinaik taraf dan 2 kolej swasta bakal dilantik menjadi kolej vokasional. Dengan jumlah ini, ia bakal menawarkan tempat kepada pelajar lepasan PMR melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang kemahiran.
Dengan kelebihan tenaga pengajar dari aspek kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal berbanding guru-guru di sekolah, BPTV telah mengorak langkah berkerjasama dengan pihak universiti-universiti teknikal dalam dan luar negeri, MOSTI, Yayasan Inovasi Negara serta institutsi swasta dalam bidang kerjaya dan penghasilan inovasi serta rekacipta bertaraf antarabangsa.
Teman, selaku mentor KIK kepada para fasilitator di kolej-kolej vokasional amat berbangga kerana diberi peluang melatih dan menyumbang tenaga ke arah kolej bertaraf antarabangsa serta melahirkan modal insan berketrampilan pada masa hadapan.
Bersama Timbalan Pengarah BPTV |
Sesi Bengkel KIK dengan pensyarah dari kolej-kolej di bawah BPTV |