Apa yang menarik dari buku karangan asal oleh Brian Tracy - Eat That Frog memberi banyak tips dan motivasi untuk menjadi manusia yang berjaya dan produktif. 2 prinsip untuk makan katak iaitu;
- Jika anda diberi pilihan untuk makan 2 ekor katak, makan katak yang paling hodoh terlebih dahulu.
- Jika anda diarah untuk makan katak hidup-hidup, makan segera. Hindar dari bertangguh.
Pengarang membuat analogi bahawa katak adalah TUGAS manakala katak hodoh adalah TUGAS PENTING. Kebanyakan kita memetingkan aktiviti yang tidak penting dan tidak produktif. Oleh itu, menggunakan prinsip pareto, kenalpasti 20% aktiviti yang akan menyumbang 80% produktiviti diri. Amalkan moto kerja 6 P iaitu:
Proper Prior Planning, Prevent Poor PerformanceOleh itu sebagai pekerja yang produktif kita perlu sentiasa mengamalkan 3 D:
- Desicion (buat keputusan supaya tabiat menyelesaikan yang sukar)
- Discipline (sentiasa mengatur diri dengan baik)
- Determination (keazaman sentiasa disuburkan dalam setiap kerja untuk diselesaikan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih