Selama dua hari (Sabtu hingga Ahad) anak teman mengikuti kursus Motivasi Alihan Pelajar (MAP) bersama Dr. Tengku Ismadi T. Mohamad. Selama sejam mengikuti majlis penutup kursus berkenaan, beliau telah mengemukakan dua aspek utama ditekankan dalam kursus beliau iaitu aspek emosi dan fokus diri pelajar. Setelah mendengar ceramah beliau, teman rasa dia sealiran dengan teman. Pelajar perlu diberi ganjaran positif supaya meningkatkan keyakinan, rasa dihargai dan meningkatkan kesungguhan. Ini seperti aliran pemikiran ahli psikologi pembelajaran behaviorisme seperti Pavlov. Kepada para ibu, bapa dan pendidik cari kekuatan, potensi dan bakat yang ada pada anak. Suburkan dan bajai kekuatan dan bakat yang sedia ada pada anak. Anak-anak kita berbeza dari pelbagai segi kepandaian, kemahiran, pengalaman, emosi dan psikologi. Kepelbagaian ini menjadi peluang untuk kita mempelajari, memahami, dan menghayati anugerah Ilahi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih