Sabtu, Mei 16, 2009

Lokasi Abang Jenal

Hari ini teman meninjau tapak perkhemahan perdana sekolah SKTD Ipoh di sebuah lokasi yang dikendalikan oleh Abang Jenal. lawatan teman ke tapak tersebut adalah kerana anak teman turut mengambil bahagian dalam perkhemahan itu. Kedatangan teman disambut oleh guru-guru sekolah berkenaan dengan wajah riang bercampur suram.



Setelah melihat reaksi itu teman bertanya kepada mereka tentang duduk perkara. Mereka gembira kerana program yang dirancang berjaya dilaksanakan mengikut jadual. Namun yang menjadi kemuraman mereka adalah pengurusan "Lokasi Abang Jenal". Mereka tidak puashati dengan tempat yang semak dan persekitaran yang tidak terurus. Menurut mereka, ada di kalangan guru mahu membawa anak didik mereka pulang dan berkhemah di padang sekolah mereka seperti tahun-tahun sebelumnya. Setelah diredakan rasa tidak puashati guru-guru oleh Gurubesar sekolah berkenaan, perkhemahan di tapak berkenan diteruskan.


Pada pendapat teman lah, Pengurusan "Lokasi Abang Jenal" kenalah prihatin dengan kemudahan dan persekitaran yang dilawati oleh pelanggan atau pelawat luar. Anda telah diberi amanah mentadbir pusat perkhemahan (PKL), buatlah sebaik mungkin. Pengajaran yang teman peroleh adalah, buatlah kerja sebaik dan semampu mungkin. Sekali kita buat silap, orang akan ingat selama-lamanya, walaupun kebaikan yang telah kita berikan lebih besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih