Khamis, September 10, 2009

KJ: One Malaysia

Teman kagum gak dengan Khairi ni, serba boleh. Berpolitik boleh, berlakon boleh, bolasepak boleh, bak kata orang jawa..versatile. teman nak tunggu Ust Nasaruddin Pemuda PAS pulak berlakon.


Haa.. akhirnya pada  15 Dis 2011, teman jumpa pulak pelakon dari Pemuda PAS...baru draw


Baca selanjutnya ...

Rabu, September 09, 2009

Berbuka bersama "Engineer Insan"

Semalam teman berkesempatan meluangkan masa dari sebelum maghrib sehinggalah selepas tarawikh bersama-sama bakal "engineer insan" muda. Melihat wajah-wajah mereka teman rasa sungguh teruja dengan semangat kerjasama, keceriaan dan pengamalan sifat mulia sepanjang pemerhatian teman tersebut. Tanpa kehadiran pensyarah, segala jentera dan anggota jawatankuasa berjalan dengan licin tanpa ada perasaan semburu dan irihati.


Berbuka dan bertaddarus

Jika inilah wajah "engineer insan" muda, teman cukup yakin pembangunan insan secara menyeluruh meliputi rohani, jasmani, intelek, emosi dan sosial akan tercapai. Dari majlis berbuka, bertaddarus, bertarawikh sehinggalah penyediaan jamuan, nampak berjalan dengan licin dan matang. Rasanya ibubapa kepada anak-anak muda ini harus berbangga kerana berjaya melahirkan zuriat yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi rohani dan sosial.

Sambil teman meninjau-ninjau sekeliling surau, teman terpandang satu iklan yang menarik perhatian. Moga-moga teman terpilih untuk jawatan kosong berkenaan.

Baca selanjutnya ...

Isnin, September 07, 2009

Firewall Meragam

Pada 24 Ogos lepas, teman mencuba satu exprimen untuk menukarkan gateway baru dari tm streamyx ke tm leaseline. Bagaimana pun cubaan tersebut gagal dan mengakibatkan talian internet telah terganggu selama seminggu di tempat kerja teman. Nasib baik teman lakukan pada musim pelajar bercuti. Namun dalam mendebug masalah tersebut banyak perkara teman belajar berkaitan dengan firewall pada alat tippingpoint. Rupa-rupanya tippingpoint ni tidak boleh wujud 2 ip local interface. 2 ip local interface telah menyebabkan SMS tidak dapat berinteraksi dengan tippingpoint. Oleh itu editing pada tippingpoint tidak boleh dilakukan.



Tipping point dan konfigurasi IP

Ada orang kata..Lain kali biar pandai tapi jangan memandai-mandai... Namun jika tidak mencuba kita tidak berjaya. Menurut satu kajian, dalam mempelajari ilmu komputer, "trial-error" adalah kaedah yang paling berkesan belajar ilmu berkaitan komputer berbanding berpusatkan guru.
Baca selanjutnya ...

Majlis Restu

Pada minggu ini pelajar-pelajar tahun 6 akan menghadapi peperiksaan UPSR. Teman telah dijemput untuk menghadiri Majlis Restu Ibubapa dan Guru kepada anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan. Majlis tersebut adalah dikhususkan kepada anak-anak, ibubapa dan guru supaya semua pihak insaf akan keperluan dan keperihatinan kepada anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan. Dalam majlis tersebut ramailah pelajar yang mengalirkan airmata keinsafan. Namun ada juga pelajar yang tersenyum riang semasa perjalanan majlis tersebut.

Ucapan Guru Besar dan Pelajar Bersalaman dengan Guru-Ibubapa

Pada teman, majlis tersebut berjaya dan tidak berjaya. Berjaya kerana ada sebahagian pelajar menunjukkan respon yang positif dan insaf. Tidak berjaya kerana ada di kalangan pelajar tahun 6 belum matang dari segi emosi dan pihak sekolah telah melibatkan semua pelajar yang tidak berkaitan yang menyebabkan suasana tidak serius serta bising. Pada masa akan datang teman cadangkan hanya pelajar tahun 5 dan 6 sahaja yang terlibat dalam acara tersebut supaya licin dan sampai mesej pada saat-saat akhir sebelum menghadapi peperiksaan.
Baca selanjutnya ...

Download AlQuran

عبدالعزيز الأحمد - Abdul Aziz Al-Ahmad
13- Ar-Ra'd 14- Ibrahim 15- Al-Hijr 16- An-Nahl
17- Al-Isra 18- Al-Kahf 19- Maryam 20- Ta­Ha
21- Al-Anbiya' 22- Al-Hajj 23- Al-Mu'minun 24- An-Nur
25- Al-Furqan 26- Ash-Shu'ara' 27- An-Naml 28- Al-Qasas
29- Al-'Ankabut 30- Ar­Room 31- Luqman 32- As­Sajdah
33- Al­Ahzab 34- Saba' 35- Fatir 36- Ya­Sin 37- As-Saffat
38- Sad 39- Az-Zumar 40- Ghafir 41- Fussilat
42- Ash-Shura 43- Az-Zukhruf 44- Ad-Dukhan 45- Al-Jathiya
46- Al-Ahqaf 47- Muhammad 48- Al-Fath 49- Al-Hujurat
50- Qaf 51- Az-Zariyat 52- At-Tur 53- An-Najm
54- Al-Qamar 55- Ar-Rahman 56- Al-Waqi'ah 57- Al-Hadid
58- Al-Mujadilah 59- Al-Hashr 60- Al-Mumtahinah61- As-Saff
62- Al-Jumu'ah 63- Al-Munafiqun 64- At-Taghabun 65- At-Talaq
66- At-Tahrim 67- Al-Mulk 68- Al-Qalam 69- Al-Haqqah
70- Al-Ma'arij 71- Nooh 72- Al-Jinn 73-Al-Muzzammil
74-Al-Muddaththir 75- Al-Qiyamah 76- Al-Insan 77- Al-Mursalat
78- An-Naba' 79- An-Nazi'at 80- 'Abasa 81- At-Takwir
82- Al-Infitar 83- Al-Mutaffifin 84- Al-Inshiqaq 85- Al-Buruj
86- At-Tariq 87- Al-A'la 88- Al-Ghashiyah 89- Al-Fajr 90- Al-Balad
91- Ash-Shams 92- Al-Lail 93- Ad-Duha 94- Ash-Sharh 95- At-Tin
96- Al-'Alaq 97- Al-Qadr 98- Al-Baiyinah 99- Az-Zalzalah
100- Al-'Adiyat 101- Al-Qari'ah 102- At-Takathur 103- Al-'Asr
104- Al-Humazah 105- Al-Fil 106- Quraish 107- Al-Ma'un
108- Al-Kauthar 109- Al-Kafirun 110- An-Nasr 111- Al-Masad
112- Al-Ikhlas 113- Al-Falaq 114- An-Nas
Baca selanjutnya ...

Berbuka bersama anak yatim

Sekembali dari Pulau Pinang, selepas menziarah kematian Abang Lan teman sempat berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak yatim dari Asrama Anak-anak Yatim/Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda Tanah Hitam Chemor. Makanan dan tempat jamuan ditaja oleh En. Adam.



Melihat akan telatah anak-anak yatim menghadapi juadah ketika berbuka teman berfikir.. Adakah wajah ceria mereka ini menggambarkan hati mereka yang ceria?.. Mereka kehilangan ibu atau bapa dan mereka dari keluarga yang kurang berada.. mereka masih kecil dan awal remaja.. Moga-moga anak-anak teman mendapat pengajaran dan keinsafan ketika berbuka bersama-sama dengan mereka.
Baca selanjutnya ...

Al Fatihah Abang Lan

Pada malam Ahad lepas berita mengejutkan diterima, kematian abang Lan dalam usia 51 tahun di Pulau Pinang. Pada ketika panggilan diterima, teman sedang mengimamkan solat terawih bersama ibu bapa mertua serta isteri di kampung. Abang Lan dalam gaya hidup abang yang sentiasa ceria, rupa-rupanya menyimpan penyakit jantung. Kematian tiba-tiba selepas berbuka puasa cukup memeranjatkan teman. Tetapi semua itu adalah ketentuan Tuhan, ajal maut semua dalam urusanNya.
Moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang mendapat rahmat dan keredhaanNya.
Menurut isteri abang Lan, seminggu sebelum meninggal abang Lan ada bermimpi bahawa ayahnya (Allahyarham Long Rahman) ada menjemput beliau ke satu tempat, tetapi abang Lan kata dia akan ikut setelah cucunya Aisyah yang baru pandai bertatih bersekolah menengah. Hmm mungkin itu alamat yang arwah dapat sebelum pemergian beliau buat selama-lamanya..
AlFatihah..
Baca selanjutnya ...

Sabtu, September 05, 2009

Merdeka vs Mau Duit Ka

Pada perhimpunan pagi Jumaat lepas, teman cukup terharu dengan sambutan kemerdekaan di kalangan warga guru. Dengan kibaran jalur gemilang serta beberapa buah lagu patriotik yang dinyanyikan secara medley menambahkan semangat teman untuk memelihara dan membangun terus negara tercinta. Melihatkan warga perhimpunan dari berbilang kaum bersemangat, teman merasakan pemeliharaan kemakmuran, perpaduan serta kemerdekaan dapat direalisasikan.

Di akhir acara, warga perhimpunan bersama-sama melaungkan laungan keramat sebanyak 3 kali...Merdeka! Merdeka! Merdeka!.

Dalam pada itu teringat teman lawak jenaka rakan-rakan nakal teman satu ketika dahulu. Mereka yang melaungkan perkataan keramat beramai-ramai itu, adakah betul sebutan mereka? Ada di kalangan mereka terutama di stadium, di jalanraya, di padang ... ada yang tidak menyebut perkataan "Merdeka" sebetulnya. Mereka hanya melaungkan perkataan "mau duit ka"... para hadirin yang menyahutnya dengan "mau". Jika difikir-fikirkan, kadang-kala ada kebenaran lawak mereka. Zaman kini dilihat para pemimpin yang ingin menjadi pemimpin dan menarik pengaruh perlukan duit. Itu la zaman era selepas 52 tahun merdeka.
Baca selanjutnya ...