Khamis, Ogos 25, 2011

Monyet Mangkok Hack

Pada suatu ketika dahulu di dalam sebuah hutan berlaku pergaduhan antara 2 ekor binatang iaitu kancil No Brand dan kambing Mah Ngembek . Pergaduhan berlaku disebabkan perebutan terhadap seekor ikan Bojan Buntal yang dijumpai. Masing-masing mendakwa Bojan Buntal tersebut adalah kepunyaan mereka. Setelah pergaduhan itu berlarutan, mereka bercadang untuk membawa ke mahkamah untuk di adili oleh hakim monyet Mangkok. Oleh kerana kambing Mah Ngembek mahu menguatkan hujah bahawa ikan Bojan Buntal tersebut adalah kepunyaannya, dia pun memanggil 4 ekor ungka bernama Mustilam, Modugong, Lekong Bunchit dan Guntai untuk mengumpulkan bukti sambil mempengaruhi hakim kerana mereka dari keturunan yang sama. Setelah ditetapkan hari perbicaraan, hakim monyet Mangkok pun bertanya kepada kancil No Brand dan kambing Mah Ngembek tentang perbalahan mereka. Kambing Mah Ngembek melalui 4 ekor ungkanya telah membentangkan hujah tetapi kancil No Brand berhujah tanpa bantuan sesiapa. 

Monyet Mangkok : Apa masalah kamu berdua? 
Kancil No Brand : Saya menjumpai ikan Bojan Buntal ini dahulu. 
Kambing Mah Ngembek: Tidak Yang Arif, saya dulu jumpa ikan ini 



Monyet Mangkok : Apa bukti kancil jumpa dulu? 
Ungka Mus Tilam : Dia tak jumpa dulu, tapi kambing jumpa dulu kerana dari jauh kambing nampak dan dia terus mengembekkk 
Ungka Guntai : Betul tu, yang Ariff, oleh kerana kambing mengembek dan kancil tak berbunyi, maka kancil tidak boleh dikatakan nampak dulu ikan tersebut. 

Kancil No Brand : Tapi saya yang hampir dengan ikan. 
Monyet Mangkok : Kalau macam tu, saya ambil keputusan.. untuk memberi ikan sama banyak dengan memotong ikan menjadi dua. 

Setelah di perdengarkan keputusan tersebut, kedua pihak setuju. Malangnya hakim monyet Mangkok telah memberi ikan kepada kancil bahagian yang besar dan kambing bahagian yang kecil. 

Maka kambing Mah Ngembek mengadu kepada hakim semula. 

Kambing Mah Ngembek: Kenapa bahagian saya kecil tapi bahagian kancil dapat 
besar? 
Monyet Mangkok : Kalau macam tu biar saya makan sebahagian ikan sikancil supaya jadi sama banyak dengan bahagian yang diperolehi oleh kambing. 

Namun bahagian ikan yang dimakan oleh monyet banyak. Apabila kancil No Brand buat perbandingan, bahagian ikan nya adalah kecil berbanding bahagian yang diperolehi oleh kambing Mah Ngembek. Maka kancil No Brand tidak puas hati, lalu mengadu semula pada hakim Mangkok, 

Kancil No Brand : Ini tidak adil kerana bahagian saya kecil tapi bahagian kambing besar. 
Monyet Mangkok : Kambing, sila bawa ikan kamu ke mari, oleh kerana bahagian kamu besar, saya perlu potong agar sama dengan bahagian sikancil. 

Hakim telah makan bahagian ikan yang diperolehi oleh kambing Mah Ngembek. Setelah dibuat perbandingan, bahagian ikan sikancil No Brand lebih besar pula. Akhirnya kedua kancil dan kambing tidak memperolehi ikan kerana habis dimakan oleh hakim monyet Mangkok. 

Monyet Mangkok: Padan muka kamu semua, aku dah kenyang. Wahai kambing Mah Ngembek, walaupun kamu cuba pengaruhi aku dengan ungka-ungka kamu, tapi aku tak mudah dipengaruhi. lain kali perkara yang boleh dirunding janganlah dirumitkan. HAHAHA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih