Berada di sebuah Lab School di kawasan Universitas Negeri Jakarta di kota Jakarta seperti berada di sebuah syarikat koperat. Seperti tidak percaya dengan kemudahan yang disediakan, sekolah berkenaan boleh teman beri taraf lima bintang kepada kemudahan pusat sumber mereka.
Teruja dengan beberapa kemudahan pusat sumber, terfikir teman bahawa persepsi sebelum ini terhadap kemudahan pendidikan di Indonesia tidak lah semunya ketinggalan. Malah ada yang terkedepan berbanding kemudahan di Malaysia.
Dengan fasilitas yang baik, pusat sumber diumpama sebagai parachute atau payung terjun, hanya akan berguna jika dibuka. Begitu juga fungsi pusat sumber, hanya akan berguna jika pengguna menggunakannya secara optimum. Kenyamanan dan ketenangan hiasan dalaman dan ketenangan suasana persekitaran memungkinkan minda menyelidik, berkarya, serta berkongsi pengetahuan. Suasana sedemikian menjadi pemangkin minda yang kreatif dan inovatif.
Namun, sekolah ini hanya terhad kepada murid yang terpilih sahaja dalam ujian kognitif yang dilakukan serta berbayar. Namun, dilihat dengan prasarana sedemikian, bayar pun enggak apa-apa, bisa.
|
Ruang Komputer |
|
Ruang Karel |
|
Ruang Bacaan |
|
Ruang OPAC |
|
Ruang Rehat |
|
Khidmat Pembaca |
|
Papan Kenyataan |
|
Rak Buku |
|
Ruang Sirkulasi |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih