Pengurangan harga kereta sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum sebuah parti politik amat disokong. Pada teman, langkah ini amat wajar kerana kesan dari dasar-dasar pengswastaan, telah banyak membebankan rakyat. Kenaikan harga kereta juga adalah akibat daripada kegagalan Dasar Automatif Negara yang digubal oleh kerajaan semasa pada tahun 2006. Pada teman, kerajaan sepatutnya telah lama mendengar dan bertindak mengikut kehendak rakyat umum. Kereta kini telah menjadi 'barang perlu' dalam ekonomi.
Mengikut analisis kesatuan pengguna harga kereta kini tinggi kerana rakyat membayar duti eksais, cukai import dan cukai jualan apabila membeli kereta. Dengan kata lain, harga kereta yang dibayar oleh pengguna telah termasuk bayaran cukai-cukai berkenaan kepada pihak kerajaan. Pengenalan duti eksais sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta pada masa itu dilakukan untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA). Jika ini tidak dilakukan, perusahaan automobil tempatan akan tergugat kerana pasaran kereta tempatan amat bergantung kepada pembeli tempatan.
Kesan pengenalan AFTA, di Indonesia harga sebuah kereta AVANZA (1.5 Automatik) lebih kurang RM 62,700. Manakala di Malaysia model yang sama adalah RM 79,603. Kenapa terlalu jauh bezanya?
Namun, soalnya sekarang kenapa harga kereta tempatan juga mahal? Jika ditinjau harga kereta tempatan pula seperti harga PROTON (pada masa artikel ditulis) :
Waja Campro 1.6 CPS MT (RM61,888), Exora MC 1.6 CPS MT B-Line (RM58,998), Inspira 1.8 Manual ( RM82,849) dan Inspira 1.8 CVT (RM89,950).
Jika dibanding harga AVANZA di Indonesia dengan harga AVANZA dan PROTON di Malaysia, bertuah penduduk di Indonesia kerana menikmati harga AVANZA yang murah. Patutlah semasa melihat dijalan-jalan raya di kota Jakarta Indonesia kereta Toyota amat sesak disebabkan harga mampu beli ditawarkan di pasaran.
|
Sedutan dari FB perbandingan harga Malaysia dan di US |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih