Mata pena lebih tajam dari mata pedang. Perumpamaan ini selalu didengar untuk menunjukkan kehebatan pengaruh penggunaan bahan penulisan kepada masyarakat umum. Oleh itu, berbondong-bondong lah masyarakat menulis untuk menyampaikan idea, perasaan dan berbagai mesej melalui penulisan.
Pada masa kini penggunaan blog menggantikan pena telah diketahui umum. Impak kepada penulisan blog dan web telah mempengaruhi pembaca. Membuat dan menulis blog bukanlah sesuatu yang susah. Ia adalah mudah jika kemudahan computer dan internet tersedia. Oleh itu, sebagai ahli akademik, ahli sosial dan ahli politik dan sesiapa sahaja telah meneroka bidang penulisan untuk melebarkan pengaruh.
Bagi orang-orang politik penggunaan blog amat penting bagi menyampaikan mesej dan maklumat terkini dalam kalangan pengikut dan pengundi. Namun, kadang-kadang untuk belajar ilmu membina blog amat sukar bagi mereka. Jalan mudah adalah mengupah kenalan atau orang kepercayaan untuk menulis bagi pihak mereka. Jika ini dilakukan, risiko dan bahaya sentiasa berada di hadapan jika orang tersebut berpaling tadah. Ini lah apa yang berlaku kepada Ketua Menteri Melaka.
Oleh itu, belajarlah selagi ada kesempatan senjata moden dalam menghadapi era maklumat dalam Generasi Y.
Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, penulis blog KM Melaka menerima surat pelantikan pada 13 Mei 2008 dengan gaji bulanan sebanyak RM3,000. Bagaimanapun, dia hanya dibayar kurang RM1,000 setiap bulan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih