Pada pandangan teman ada dua masalah dalaman yang besar dan kritikal sedang dihadapi oleh DS Najib. Bila mendengar soalan cepumas kepada para perwakilan semasa ucapan penggulungan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 iaitu:
Bila anda tidak dipilih sebagai calon, apakah tindakan anda:
- Sokong sepenuhnya
- Sokong
- Tak buat Kerja apa-apa (buat de')
- Sabotaj
- Lompat parti.
Soalan ini seperti Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak dapat menyembunyikan kebimbangan terhadap kemungkinan respon dari anggota yang tidak terpilih sebagai winnable candidate dalam pilihan raya umum akan datang. Ini adalah masalah yang teman telah bangkitkan sejak dulu di Perhimpunan Agung UMNO 2011. Adakah mereka ini sanggup dan layak menjadi Khalid Al Walid yang dilucutkan jawatan panglima dan diganti dengan orang muda?
Walau beliau percaya bahawa sokongan umum akan memihak kepada BN, Najib tetap bimbang:
"Saya percaya musuh kita tidak kuat... saya yakin orang ramai akan memihak kepada BN... yang saya khuatir satu sahaja.... sikit sahaja.. soal kita sesama kita"
Masalah kedua yang dihadapi oleh Presiden UMNO yang mungkin didiamkan oleh beliau adalah persepsi negatif terhadap gerak-geri isterinya dan ditambah pula isu Altantuya. Teman melihat bahawa ini merupakan liabiliti yang sekiranya tidak ditangani, akan menyebabkan UMNO akan menghadapi masalah.
Kempen di era mellinium ini adalah bagaimana kebijaksaan menggunakan isu untuk membina persepsi dalam kalangan pengundi. Penggunaan medium laman sosial, web dan Youtube dalam alam virtual telah memberi kesan kepada pembinaan pengaruh. Persepsi warga siber akan terus menjadi kepercayaan jika diikuti bukti di alam siber dan ketekalan isu disebut tanpa disangkal dengan bukti. Kejatuhan kerajaan Tunisia, Mesir dan lain-lain negara Arab terbukti bagaimana keberkesanan penggunaan komunikasi maya.

Temubual dan percakapan teman dengan orang kampung dan orang yang berada di atas pagar, persepsi mereka kepada isteri PM adalah negatif. Jadi para pewakilan perlu menghadapi persepsi dengan bukti untuk penyangkalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih