Pada hari ini, anak teman terlibat dengan Majlis Ikhtifal Sekolah Agama Rakyat Bagi Kawasan Ipoh. Berbagai pertandingan dilangsungkan seperti tilawah AlQuran, syarahan, bercerita, tulisan khat, nasyid dan hafazan. Pukul 7 pagi anak teman telah berkumpul di Sekolah Agama Rakyat AsSyakirin untuk bergerak secara beramai ke Sekolah Agama Rakyat AlHamiddiah. Dengan kesungguhan tenaga pengajar yang ditunjangi oleh Datin Hajah Aminah (Mak Tok), sekolah ini berjaya merangkul naib johan dan tempah ketiga dalam kategori nasyid.
Majlis Ihtifal Di Sekolah Agama Rakyat AlHamidiyah
Kumpulan Nasyid dengan piala Kemenangan
Syabas diucapkan kepada semua tenaga dan ibu bapa yang sentiasa memberi kerja sama dalam menjayakan program berkenaan. Program yang dianjurkan ini amat berguna di samping menghimpunkan semua guru dan pelajar sekolah agama rakyat di kawasan Ipoh, bakat para pelajar dapat dicungkil dari berbagai bidang. Diharapkan dengan adanya pertandingan ini dan bakat serta potensi para pelajar telah dikenal pasti, seharusnya pendidik dan ibubapa dapat terus memperkembangkan supaya potensi ke arah yang positif dapat dibina.
Sekolah Agama Rakyat AsSyakirin
Kepada Datin Hajah Aminah, sekalung tahniah dan terima kasih atas kegigihan datin membina dan membangunkan sekolah agama rakyat sehingga mencapai ke tahap yang cemerlang sehingga hari ini. Dari menumpang bangunan masjid sehinggalah mempunyai bangunan sekolah sendiri (menelan belanja RM300,000). Dalam usia Mak Tok sekarang, teman kena tabik kerana tidak mengenal letih terus memikirkan pembangunan sekolah dan pembangunan anak-anak didik. Semoga sekolah dan ilmu dicurahkan ini menjadi sedekah jariah dan ilmu yang terus diamalkan oleh anak didik kepada Mak Tok.
Nasyid 1
Nasyid 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih