Pada 6 Jun lepas teman berpeluang melayari secara maya selama 3 jam bersama Dr. Pasi Sahlberg tentang kejayaan sistem pendidikan di Finland. Dr. Pasi adalah Pengarah CIMO (National Centre for International Mobility and Cooperation) di Kementerian Pendidikan dan Budaya Finland di Helsinki. Beliau bertanggungjawab mengetuai proses mengantarabangsa sistem pendidikan di Finland. Beliau juga adalah Professor di University of Helsinki dan University of Oulu, Finland.
Kejayaan Finland dalam dunia pendidikan telah membuka mata dunia apabila negara itu menduduki tempat pertama atau kedua dalam Programme for International Student Assessment (PISA) pada tahun 2003 dan 2006. PISA adalah peperiksaan peringkat dunia yang dibuat tiga tahun sekali. Ia menguji keupayaan pelajar yang berumur 15 tahun dan diuruskan oleh Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD). Dibangunkan sejak 1997, PISA yang pertama dijalankan pada tahun 2000.
Para pelajar di Finland telah berjaya berada di kedudukan teratas dengan keupayaan yang tinggi dalam celik huruf, matematik dan sains. Jika dilihat secara keseluruhan dalam pelbagai bidang, Finland berada di kedudukan pertama. Malah keputusan yang dicatatkan oleh Finland adalah seragam meliputi prestasi keseluruhan pelajar.
Sepanjang menjejaki Dr. Pasi Sahlberg serta melalui ceramah beliau bertajuk "What can we learn from Finnish education system?", satu kesimpulan yang telah dibuat oleh beliau tentang kegagalan gerakan reformasi pendidikan (General Education Reform Movement-GERM) di dunia adalah:
- Penggalakkan persaingan (Competition) - sedangkan di Finland menggalakkan kolaborasi (Collaboration) dalam kalangan pelajar dan guru di sekolah dan antara sekolah
- Penyeragaman (Standardization) kurikulum dan pengujian - sedangkan di Finland lebih kepada individu (Personalization)
- Memberikan pilihan kepada sekolah (School choice) - sedangkan di Finland menitikberatkan kesamarataan (Equity) peluang pembelajaran baik miskin, kaya, warga negara atau bukan warga negara, bandar atau luar bandar.
- Pendidikan di kebanyakan negara telah diswasta (Privatization) - sedangkan di Finland, pendidikan kekal sebagai perkhidmatan awam (Public good) yang harus diperolehi oleh semua anak-anak di semua peringkat pengajian.
Oleh itu, bagi negara di dunia yang ingin membuat reformasi pendidikan, Dr. Pasi tidak menggalakkan mengambil dan meniru secara langsung satu-satu sistem tetapi perlu ada proses asimilasi dan adaptasi kepada nilai pendidikan yang dipentingkan oleh sesebuah negera.
Kejayaan yang dicipta oleh sistem pendidikan di Finland adalah proses pengubahsuaian sejak tahun 1970. Menurut Dr. Pasi, kejayaan sistem pendidikan mereka adalah disebabkan 3 faktor iaitu:
1. Quality through equity
- Positive discrimination in funding
- Early intervention & support
- Well-being first
- Inclusive special education
2. Smart Resource Management
- Less teaching time
- More time for collaboration
- Less classroom hours
- Less homework more time to play
3. Teacher & leader professionalisme (Only for the best)
Oleh itu, untuk reformasi pendidikan berasaskan pengalaman Finland, beberapa polisi perlu diberi perhatian jika mahu kejayaan yang seragam iaitu:
- Polisi pengujian bukan berbentuk universal standardization testing.
- Polisi akauntabiliti bukan berbentuk anugerah secara individu
- Polisi perguruan bukan berbentuk generalis tetapi specialis dan tidak berbentuk de moralisasi.
Dr Pasi Sahlberg: Finnish Lesson
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih