Sabtu, Jun 01, 2013

Program Sokongan Pensarjanaan Pensyarah (PROSPEN) 2013 Perkongsian Pintar

Pembentangan kertas projek sarjana dan doktor falsafah para pensyarah IPGM sempena Program Sokongan Pensarjanaan Pensyarah (PROSPEN) telah dijalankan di IPG Kampus Persekutuan Pulau Pinang pada 8 hingga 10 Mei 2013 dengan jayanya. Selama 3 hari berturut-turut pensyarah yang sedang melanjutkan pelajaran dari berbagai bidang telah membentangkan projek mereka untuk dinilai dan ditambahbaik. Teman turut menjadi panel penilai, teruja dengan inisiatif penganjur bagi membantu pensyarah dan IPGM agar sasaran 33 % pensyarah IPG mempunyai PhD dapat dicapai menjelang tahun 2020.

Kementerian Pelajaran telah mewujudkan Lima program persarjanaan pensyarah IPGM itu
  • Cuti Belajar Tanpa Gaji 
  • Hadiah Latihan Persekutuan- Cuti Bergaji Penuh dengan Biasiswa 
  • Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa 
  • Hadiah Latihan Persekutuan secara Sambilan 
  • Belajar secara sambilan 

Sebagai Panel Penilai semasa sesi Pembentang calon Phd, Ust Razimi

Kini Pensyarah IPGM (Mei 2012) 20% telah mempunyai PhD dan sarjana sebanyak 80%.
Dengan adanya PROSPEN, ia akan dapat membantu pensyarah IPGM yang belajar secara sambilan atau yang akan belajar, tamat pengajian dengan jayanya

Antara Ojektif Khusus PROSPEN adalah:
  • Memberi sokongan dan bantuan khidmat konsultansi.
  • Mengalakkan perkongsian ilmu dan sumbangan intelektual. 
  • Menggalakkan penghayatan budaya penyelidikan dan penulisan ilmiah 
  • Menyediakan rangkaian pertukaran pelbagai kepakaran di kalangan pensyarah 
  • Meningkatkan kompentensi pensyarah PhD dalam komponen perkhidmatan dan penglibatan 
Strategi PROSPEN meliputi
  • Coaching dan Mentoring
  • Interaksi dan bimbingan bersemuka 
  • Bengkel, kursus, forum, wacana di peringkat kampus, zon atau pusat 
Diharapkan program seperti ini akan membantu pencapaian matlamat menghasilkan 33% pensyarah IPGM berkelulusan PhD pada 2020 dan pemegang ijazah Sarjana 100% menjelang 2018.







Baca selanjutnya ...

Rabu, Mei 29, 2013

Cabaran Inovasi Guru Negeri Perak Sempena Hari Guru 2013

Bersama Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Perak
Pada 21 hingga 22 Mei lepas, satu pertandingan inovasi peringkat negeri Perak dalam kalangan warga pendidik buat julung-julung kali telah diadakan di MRSM (Felda) Kampus Tun Abdul Razak di Trolak. Teman selaku panel hakim amat teruja dengan idea kreatif para guru menghasilkan bahan-bahan inovasi terutama dalam bidang pedagogi.

Berbagai hasil inovasi telah dipamerkan yang mana teman boleh kategorikan kepada 3 kategori iaitu projek yang baru dibina, projek yang telah dilaksanakan di sekolah masing-masing dan bahan inovasi yang telah diuji keberkesanan serta disebar luas.

Walaupun di peringkat negeri Perak, ini adalah pertandingan yang pertama kali dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri, banyak aspek penghasilan, pendokumentasian, pembentangan dan pameran boleh ditambah baik.

Di antara aspek dokumentasi yang perlu dititik beratkan adalah pembuktian elemen kreativiti, impak inovasi, keberkesanan yang nyata dari segi hasil dan kos, peringkat perlaksanaan, tahap replikabiliti dan sokongan pengurusan sekolah. Setiap elemen perlu dibuktikan dengan data dan rekod sokongan supaya bahan inovasi dapat dipertanggungjawabkan dan terbukti mempunyai elemen penciptaan nilai (value creation)

Modul PIS


Modul 5W1H

Dam Gergasi

Jawi KUKUS

Jawi Tanda Bacaan

Pemulihan Teng-Teng

Pemulihan Token

Minda Jawi

Pengiraan Baja

Big Book

Pengiraan elektrik

Prinsip Akaun Berwarna

Modul Sejarah

Akronim Ekonomi Asas 

Nature Alive

Pedia

Ezy Draw

Phonics Wheel

Bacaan Haraki

LCD Projektor

Cosme

iPad

GLobal Classroom

Pra Sekolah Pekak

BUBA

Reka Sifir

Jawi Cepat

Bilik Gelap


Novel Freezy

Bacaan dan Gerakan

Intergrasi ICT

Baca selanjutnya ...

Ahad, Mei 19, 2013

Bengkel Pemantapan Dokumen Inovasi Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Bersama Datuk Abd Rahim (SU MBI)
Ketika teman mengendali bengkel Pemantapan Dokumentasi Inovasi MBI tersebut, seorang peserta bangun bertanya, "tuan, jika macam inilah skema pemarkahan dan rekod yang perlu disediakan amat rumit dan sukarlah bagi kami yang dalam golongan pekerja bawahan terlibat dengan inovasi?". Soalan salah seorang peserta bengkel dari MBI tersebut ada benarnya kerana ada 2 sebab teman berkata demikian. Satu adalah, penyediaan rekod sebagai bukti serta persembahan data-data statistik yang perlu disediakan dengan lengkap sebagai mengukuhkan bahan inovasi yang dipertandingkan memang sukar dikuasai oleh golongan pekerja bawahan. Dua adalah, bagi pertandingan Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA), kelayakan masuk ke pertandingan tersebut adalah paling kurang pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut memproleh sekurang-kurangnya 3 bintang dalam penarafan bintang (SSR). Oleh itu jika ada pekerja yang telah mereka sesuatu inovasi yang baik, namun organisasi tidak memproleh 3 bintang, sukarlah bahan inovasi diketengahkan.

Namun, hasrat kerajaan amnya dan PBT khususnya meletakkan syarat dan skema sebegitu ada sebab dan objektifnya. Selaras dengan slogan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan, hasrat kerajaan adalah melihat perlaksanaan inovasi dalam PBT adalah bersifat menyeluruh serta melibatkan pengurusan atasan sehingga semua peringkat pegawai. Kerjasama semua pihak, kolaborasi antara jabatan-jabatan serta pembudayaan inovasi secara tersusun dan menyeluruh menjamin penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dapat ditingkatkan.

Dalam bengkel kali ini selain kakitangan MBI dari semua jabatan, ia juga disertai oleh wakil dari Majlis Perbandaran Taiping dan Sekolah Kebangsaan Methodist Ipoh. Para peserta telah diberi pendedahan skema baru, berbengkel serta membuat persembahan inovasi. Peserta juga telah diberi tips cara membentang projek yang berkesan yang dapat mempengarui juri hakim.

Kesimpulannya, kejayaan satu inovasi bukan sahaja terletak kepada alat atau perkhidmatan yang direka, tetapi juga aspek pembuktian data dan rekod, bahan diterjemahkan kepada data yang menunjukkan berimpak tinggi, panduan pengguna/manual, budaya inovasi yang menyeluruh dalam organisasi, dokumentasi inovasi, dan persembahan semasa lawatan panel. Oleh itu, kejayaan sebuah inovasi bukan secara individu tetapi secara kolektif.
Sesi Ceramah selama 2 hari
Baca selanjutnya ...

Ahad, April 28, 2013

Kolej Vokasional Mendepani Cabaran

Pada 24 hingga 26 April lepas bersama-sama dengan Bahagian Pendidikan Teknologi dan Vokasional telah melaksanakan latihan Kumpulan inovatif dan Kreatif (KIK) kepada para pensyarah kolej-kolej vokasional. Seramai 50 orang telah terlibat dengan latihan berkenaan dalam melahirkan para fasilitator yang berketrampilan di sekolah masing-masing. 

Sejak sekolah-sekolah teknik dan vokasional telah dinaik taraf kepada kolej, berbagai inisiatif telah diterokai. Ini bersesuaian dengan taraf organisasi mereka yang bakal mengeluarkan graduan bertaraf diploma. Selain mendapat pengiktirafan dari MQA, visi dan misi BPTV amat ke hadapan dalam mencari kelainan berbanding institusi sekolah harian dan asrama penuh biasa. Pada ketika ini terdapat 72 kolej vokasional dan 11 kolej vokasional yang bakal dinaik taraf dan 2 kolej swasta bakal dilantik menjadi kolej vokasional. Dengan jumlah ini, ia bakal menawarkan tempat kepada pelajar lepasan PMR melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang kemahiran.

Dengan kelebihan tenaga pengajar dari aspek kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal berbanding guru-guru di sekolah, BPTV telah mengorak langkah berkerjasama dengan pihak universiti-universiti teknikal dalam dan luar negeri, MOSTI, Yayasan Inovasi Negara serta institutsi swasta dalam bidang kerjaya dan penghasilan inovasi serta rekacipta bertaraf antarabangsa. 

Teman, selaku mentor KIK kepada para fasilitator di kolej-kolej vokasional amat berbangga kerana diberi peluang melatih dan menyumbang tenaga ke arah kolej bertaraf antarabangsa serta melahirkan modal insan berketrampilan pada masa hadapan.

Bersama Timbalan Pengarah BPTV

Sesi Bengkel KIK dengan pensyarah dari kolej-kolej di bawah BPTV

Baca selanjutnya ...

Sabtu, April 13, 2013

Jom Makan Katak

Semasa menemani anak-anak melihat buku-buku di sebuah kedai buku, teman terpandang 2 buah buku, satu bertajuk 'Makan Gajah' dan satu lagi bertajuk 'Makan Katak'. Oleh kerana, buku makan katak sesuai dengan kerjaya dan harga yang munasabah, maka teman mengambil keputusan membeli. Katak ini HALAL

Apa yang menarik dari buku karangan  asal oleh Brian Tracy - Eat That Frog memberi banyak tips dan motivasi untuk menjadi manusia yang berjaya dan produktif. 2 prinsip untuk makan katak iaitu;

  1. Jika anda diberi pilihan untuk makan 2 ekor katak, makan katak yang paling hodoh terlebih dahulu.
  2. Jika anda diarah untuk makan katak hidup-hidup, makan segera. Hindar dari bertangguh.
Pengarang membuat analogi bahawa katak adalah TUGAS manakala katak hodoh adalah TUGAS PENTING. Kebanyakan kita memetingkan aktiviti yang tidak penting dan tidak produktif. Oleh itu, menggunakan prinsip pareto, kenalpasti 20% aktiviti yang akan menyumbang 80% produktiviti diri. Amalkan moto kerja 6 P iaitu:

Proper Prior Planning, Prevent Poor Performance
Oleh itu sebagai pekerja yang produktif kita perlu sentiasa mengamalkan 3 D:

  1. Desicion (buat keputusan supaya tabiat menyelesaikan yang sukar)
  2. Discipline (sentiasa mengatur diri dengan baik)
  3. Determination (keazaman sentiasa disuburkan dalam setiap kerja untuk diselesaikan)

Baca selanjutnya ...

Kursus Asas Fasilitator KIK Kumpulan 2 Kolej Matrikulasi

Pada 9 hingga 11 April lepas teman telah diberi kepercayaan melatih kumpulan bakal fasilitator bagi seluruh kolej matrikulasi. Seramai 28 peserta telah berbengkel bagi memantapkan kefahaman mereka tentang kemahiran penggunaan tools quality dalam menjalankan projek menggunakan pendekatan PDCA.

Bakal-bakal fasilitator telah dibekalkan dengan bahan-bahan nota, buku kerja dan contoh-contoh hasilan projek KIK supaya menjadi bekalan mereka menambahkan kefahaman untuk melatih para pensyarah kolej apabila mereka kembali ke kolej masing-masing.

Para peserta telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang latihan dan menunjukkan sifat yang aktif dan kreatif. Pada bengkel itu juga pasukan dari Koleh Matrikulasi Selangor dan Koleh Maktikulasi Teknikal Johor telah diumumkan mewakili Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia 2013.

Bersama Pegawai BM KPM dan Peserta

Sesi Ceramah

Penyampaian Cenderamata

Baca selanjutnya ...

Ahad, Mac 24, 2013

Khidmat Nasihat Dokumentasi Inovasi MD Kerian

Pertama-tamanya teman nak ucap tahniah kepada Majlis Daerah Kerian kerana telah terpilih top 5 dalam pertandingan inovasi untuk Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) dari 146 Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Malaysia.

Dengan terpilih Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Kerian yang bertaraf Majlis Daerah merupakan satu kejayaan yang amat signifikan kerana dapat setanding dengan Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya. Malah untuk sampai ke tahap itu, telah melalui proses yang ketat iaitu:

  • Tapisan urusetia
  • Ulasan dari SPRM, Jab Audit Negara, Biro Pengaduan Awam.
  • Penilaian dan Senarai Pendek oleh Panel JK AIPBT berasaskan Komponen A, B dan C 
  • Penilaian panel berasaskan lawatan
  • Perakuan pemenang oleh JK Induk kepada Panel 3P (Pengerusi KSN)
  • Anugerah (AISA) dipengerusi MAMPU

Teman selaku fasilitator bengkel dokumentasi inovasi kepada Majlis Daerah Kerian bagi projek Bekis dan Hantu Burung turut berbangga di atas kejayaan tersebut. Teman berdoa, Majlis Daerah Kerian dapat mengukir sejarah kejayaan cemerlang semasa pembentangan terakhir di Putrajaya nanti..

Cenderemata dari YDP MD Kerian

Bengkel Dokumentasi Inovasi

Baca selanjutnya ...

Sabtu, Februari 23, 2013

Pemantapan Dokumentasi Bahan Inovasi

Pada 19 hingga 21 Feb 2013 lepas, teman telah mengendalikan satu bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Kerajaan Tempatan SUK Negeri Perak. Peserta yang terdiri semua wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak telah diberi pendedahan berkaitan dengan dokumentasi yang perlu dilakukan semasa membuat persiapan untuk menghadapi pertandingan inovasi peringkat negeri dan kebangsaan.

Para peserta telah diberi pendedahan tentang kepentingan inovasi, faktor-faktor penghalang kreativiti, penyediaan senarai semak dokumentasi inovasi, membuat perancangan aktiviti inovasi, menganalisis kepuasan pelanggan hasil inovasi dan meninjau tentang outcome dan impak dari inovasi.

Para peserta juga turut didedahkan tentang dokumentasi secara fizikal yang telah dilakukan oleh para peserta inovasi di peringkat kebangsaan yang mementingkan juga tentang konsep "packaging" dalam memperaga dan mempromosi hasil inovasi. Jika dilihat kepada kesungguhan para peserta, tidak hairan PBT Negeri Perak akan muncul menjadi negeri cemerlang dalam bidang inovasi pada satu masa nanti.
Baca selanjutnya ...