Sabtu, April 24, 2010

Inovasi

Baru-baru ini teman dilantik untuk menjadi panel penilai anugerah inovasi di sebuah IPG. Aktiviti ini amat baik bagi membina dan menjana budaya kreatif dan inovatif di kalangan kakitangan awam dalam meningkatkan nilai tambah organisasi masing-masing. Inovasi dalam Perkhidmatan Awam adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Hasil inovasi ini boleh merangkumi apa-apa perubahan kepada sistem, prosedur, kaedah dan/atau cara bekerja. Pelaksanaan hasil inovasi ini akhirnya dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi faedah kepada pelanggan.

Untuk membuat penilai beberapa kriteria diberi tumpuan dan diambil kira.

Tumpuan Penilaian Pertama : Idea
Idea yang dicetuskan bagi menghasilkan sesuatu inovasi itu diukur dari segi kreativitinya iaitu dengan menilai keaslian dan adaptasi inovasi tersebut.
(i) Keaslian Inovasi yang dihasilkan adalah idea yang asli.
(ii) Adaptasi Inovasi yang dihasilkan merupakan penambahbaikan atau pengubahsuaian idea sedia ada.

Tumpuan Penilaian Kedua : Hasil inovasi (Output)
Hasil inovasi (output) diukur dengan mengambil kira tahap pelaksanaan dan replicability sesuatu inovasi itu.

Kriteria Tahap Pelaksanaan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana tahap pelaksanaan inovasi yang dihasilkan sama ada ia telah berjaya dilaksanakan sehingga ke peringkat seperti; (i) Secara penuh (melepasi peringkat percubaan); atau (ii) Secara percubaan (di peringkat prototaip).

Kriteria Replicability ini bertujuan untuk melihat sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri replicability dan terdapat bukti inovasi boleh diguna pakai oleh agensi-agensi lain seperti (i) Dilaksanakan secara terus di pelbagai tempat; dan (ii) Dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan tanpa melibatkan kos yang tinggi.

Tumpuan Penilaian Ketiga : Impak (Outcome)
Impak (outcome) dinilai dengan melihat kepada kriteria efisien (kecekapan) dan signifikan sesuatu inovasi tersebut.

Kriteria Efisien ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri efisien iaitu yang dapat menyumbang kepada :
(i) Penjimatan masa
(ii) Penjimatan kos
(iii) Peningkatan Produktiviti
(iv) Mudah digunakan (user-friendly).

Kriteria Signifikan ini bertujuan untuk menilai sejauh mana inovasi yang dihasilkan memenuhi ciri-ciri signifikan dan terdapat bukti yang nyata inovasi dapat memberi impak kepada keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan dalam :
(i) Perkhidmatan Awam (ii) organisasi (iii) bahagian/seksyen/unit.

Tumpuan Penilaian Keempat : Pengurusan
Aspek pengurusan dinilai dengan memberi penekanan kepada komitmen pihak pengurusan atasan. Kriteria ini bertujuan untuk melihat sejauh mana komitmen pengurusan atasan dalam memberi sokongan dari segi (i) Kewangan (ii) Pengurusan Sumber Manusia (iii).Insentif (iv) Penghargaan (v) Peralatan.

Pada pendapat teman semua peserta yang menyertai pertandingan telah menang dan kreatif serta inovatif. Cuma yang menepati ciri tumpuan yang dinyatakan di atas adalah terbaik di kalangan peserta yang cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih