Selasa, April 27, 2010

Ubat tiruan

Setiap manusia mahukan kesihatan. Memiliki kesihatan yang baik amat berharga berbanding dengan memiliki harta yang banyak. Apa guna harta yang banyak jika badan tidak sihat. Oleh itu salah satu cara mengekalkan kesihatan adalah dengan pengambilan ubatan.

Di dalam mengejar kesihatan fizikal, kadang-kadang kita ditipu oleh peniaga yang tidak berperikemanusian. Mereka hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira penderitaan orang lain. Di antara ubatan moden yang didapati palsu ialah seperti ubat Panadol. Pada 5 April, Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kelantan menumpaskan sindiket pengedaran ubat Panadol tiruan setelah merampas 142,102 biji ubat tersebut bernilai lebih RM20,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Chat. Oleh itu, berjaga-jagalah.


Di samping ubatan moden, ubatan tradisional turut juga didapati tiruan berada di dalam pasaran. Sebagai contohnya adalah minyak urut Afiat. Minyak tersebut juga telah diproses secara tidak sah dan dijual di dalam pasaran. Oleh itu, untuk mengelakkan diri dari ditipu, sentiasa berdamping dengan kementerian berkenaan dan Persatuan Pengguna.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih