Selasa, April 27, 2010

Manis Kurang Manis!

Kempen Kurangkan Pengambilan Gula telah dilancarkan pada 27 April 2010 di peringkat IPG. Kempen kesedaran ini dijalankan agar melahirkan rakyat yang sihat dan menyumbang kepada modal insan yang produktif. Gula dikaitkan dengan lebih 146 jenis penyakit seperti :

  • kegemukan
  • Diabetes
  • Kerosakan gigi
  • penyakit jantung
  • kanser payu dara, ovari, kolektoral, limpa
  • Osteoporosis (tulang reput kurang protin zat galian dan kalsium)
  • Imun lemah
  • Sakit sendi
  • peningkatan kolestrol
  • batu karang
  • Gaout
  • jerawat batu
  • bisul

Gula akan menyebabkan diabetes. Kencing manis (diabetes) disebabkan pankreas tidak berfungsi mengeluarkan insulin yang cukup. Ini menyebabkan glukos dalam darah terkumpul dan tidak masuk ke dalam sel badan untuk dijadikan tenaga. Gula menjadikan darah melekit. Meningkatkan risiko pembekuan darah dalaman yang memboleh menyebabkan serangan jantung dan strok. Memakan gula menyebabkan bebanan kerja kepada pankreas. Pankreas mungkin tidak mapu mengeluarkan insulin.


Komplikasi lain Diabetes adalah seperti
  • Gangrin (tisu mati)
  • Kabur penglihatan
  • Buah pinggang rosak
  • Serangan jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Angin ahmar
  • Koma

Tanda-tanda awal adalah:

  • sentiasa merasa dahaga
  • kerap membuang air
  • merasa letih dan lesu
  • susut berat badan
  • Luka dan kudis yang lambat sembuh
  • Gatal dibahagian kemaluan

Oleh itu Kementerian Kesihatan menggalakan aktiviti fizikal seperti 10,000 langkah setiap hari untuk membakar lemak dan mengurangkan glokus dalam badan. Untuk melihat sama ada lelaki atau perempuan ada masalah kesihatan adalah dengan melihat saiz perut (bagi lelaki) dan saiz punggung (perempuan).


Didapati 7.6% rakyat Malaysia menghadapi masalah gemuk. Di didapati 50% rakyat Malaysia menghadapi masalah lebihan berat badan. Negeri Kelantan adalah negeri paling tinggi kadar penyakit diabetes di Malaysia.

Menurut kajian, gemuk disebabkan:

  • Genetik (10%)
  • Tingkahlaku makan (80%)
  • Persekitaran (10%)

Purata rakyat Malaysia mengambil 23 sudu sehari. Kadar ini adalah paling tinggi di kalangan negara ketiga. Pada tahun 2009, 2 juta gigi telah dicabut kerana masalah gigi akibat dari lebihan pengambilan gula. Kajian mendapati, halangan pengurangan penggunaan gula adalah disebabkan:
  • Citarasa suka gula
  • persepsi gula sebagai makanan asas
  • memandang ringan bahaya gula
  • kurang faham kadar gula yang selamat
Nama-nama lain gula adalah:
  • Glokus
  • Fruktos
  • Laktos
  • Maltos
  • Sukros
  • Sirap glukos
  • sirap maple
  • Sorbitol
  • Gula perang
  • Madu
  • Sirap hitam
Ketagihan gula sama seperti juga ketagihan rokok. Bagi penagih gula, kekurangan gula akan menyebabkan kegianan. Oleh itu antara tips untuk kurangkan gula ialah:

  • minum air kosong
  • 1 sudu teh sudah mencukupi
  • elakkan minuman berkarbonat (sebulan sekali)
  • Minum jus asli (100%)
  • Kurang makan kek biskut ais krim
  • makanan jeruk dan di awet
  • makan pemanis alternatif (ganti susu cair)
  • Makan buahan sekurang-kurangnya 3 cawan
  • sikap perlu berubah
  • Nasi satu cawan untuk orang dewasa (tetapi kerap)
  • Senyum 2oo kali untuk mengelakkan kanser mulut.
Jadi jagalah makanan anda, kawal berat badan, bersenam secara berterusan serta buatlah pemeriksaan kesihatan secara berkala.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih