Masa teman di tingkatan enam dulu, teman pernah menulis dalam kertas peperiksaan sejarah STPM menggunakan pendekatan kritis. Teman telah menjawab kertas peperiksaan mengikut kajian teman sendiri atau dengan kata lain bukan mengikut tafsiran RO Winsterd atau mana-mana sejarahwan oreintalis atau pendapat sejarahwan tempatan yang pro orientalis. Maka bila teman menjawab soalan sejarah tersebut, teman seperti pembela kepada kumpulan KMM, AWAS dan lain-lain kumpulan pertubuhan yang dianggap oleh penjajah British sebagai puak berhaluan kiri. Datuk Onn menganggap golongan kiri ini sebagai golongan “Bahaya dari Gunung”.
Jika teman berada di zaman 1940an, teman juga mungkin digolongkan sebagai kiri. Apa tidaknya semasa menjawab soalan tersebut, teman menyatakan bahawa yang betul-betul menentang British dari awal pendudukan di Tanah Melayu adalah golongan yang tidak mahu berkompromi dengan golongan penjajah seperti KMM dan AWAS. Tetapi teman bercakap ketika itu menulis kertas jawapan atas platform akademik.
Kini YB Mat Sabu telah memulakan semula dengan memberi orientasi pensejarahan mengikut perspektif timur. Tetapi telah dikontroversikan oleh golongan pro UMNO dan pendatang kerana beliau bercakap atas platform politik.
Ahli sejarah tempatan kena melihat secara positif siapa yang HERO dan siapa PENGKHIANAT. Mat Sabu menggunakan contoh Muhammad Indera sebagai Hero kerana menyerang polis-polis British dalam peristiwa Bukit Kepong. Tetapi ahli sejarah melihat Muhammad Indera sebagai Pengkhianat kerana beliau memilih wadah PKM sebagai pertubuhannya.
Versi lain (mat indera1, mat indera2)
Mat Indra |
Riwayat Mat Indera |
Bagaimana pula dengan sejarah negara tentang Tok Janggut adakah dia juga akan dianggap sebagai pengganas? Tok Janggut menentang British, yang mana orang Melayu juga telah menjadi talibarut British mengutip cukai. Tok Janggut telah membunuh seorang anggota polis bernama Sarjan Che Wan. Kenapa ahli sejarah mengganggap Tok Janggut sebagai pejuang pula?
Pada teman kerana Tok Janggut tidak memilih PKM sebagai wadah walapun matlamat mereka sama untuk menghalau penjajah dan kuncu-kuncu penjajah dari bumi Tanah Melayu. Tetapi bagi orang seperti Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Mat Indra dan lain-lain yang telah memilih PKM, walau pun matlamat mereka seperti Abd Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Maharajalela dan lain-lain untuk menentang pendudukan British dan kuncu-kuncu Melayu British, tetapi oleh kerana PKM telah digazetkan sebagai pertubuhan yang setaraf ‘najis ‘ oleh ahli sejarah pro pemikiran RO Winsterd dan Barat, maka mereka telah dianggap Pengkhianat.
Soalnya sekarang, siapakah British dan tali barutnya (dalam kalangan orang Melayu) di mata sejarahwan? Penjahat? atau Hero? atau Pejuang Kemerdekaan?
Sedangkan mereka lah yang bertanggungjawab melaksanakan polisi 'pecah dan perintah. Polisi ini juga telah menyebabkan wujudnya masyarakat 'pendatang' serta corak sosial yang berasaskan fungsi ekonomi. Kemuncak adalah meletusnya Peristiwa 13 Mei 1969.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih