Teman amat bersyukur kerana telah mengukir sejarah peribadi tersendiri iaitu sejak tahun 2008 hingga 2011 teman telah diberi kepercayaan oleh rakan-rakan sebagai pembentang bagi projek-projek inovasi dalam pertandingan inovasi perkhidmatan awam peringkat negeri Perak 3 tahun berturut-turut. Dan sejak tahun 2008 hingga 2011 itu juga, kami telah berjaya menjadi johan inovasi peringkat Negeri Perak (kecuali 2010 pertandingan inovasi tidak dianjurkan oleh kerajaan Negeri Perak kerana proses perubahan peraturan oleh MAMPU). Kejayaan ini adalah satu hatriks melalui projek:
- Sistem Pendaftaran Pelajar (e-Daftar) - Johan Inovasi Negeri Perak 2008
- Sistem Pendaftaran Aset Alih Kerajaan (e-SPA) - Johan Inovasi 2009
- Sistem Tempahan Bilik Kuliah (e-Chopp) - Johan kumpulan KIK Negeri Perak 2010
- Sistem Pangkalan Data Kompetensi (myKompetens) - Johan Inovasi Negeri Perak 2011
Selama tiga tahun berturut-turut teman telah diberi penghormatan untuk membuat pembentangan dan telah membuahkan hasil. Dengan persaingan yang sengit dari pelbagai agensi, jabatan kerajaan dan kementerian, serta syarat yang ketat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebagai penganjur, kumpulan inovasi kami terus unggul serta dapat mengharunginya. Malah yang paling manis, pengiktirafan yang diberi bukan sahaja oleh panel-panel dari sektor awam tetapi juga oleh panel-panel dari sektor swasta. Faktor kejayaan dalam semua aktiviti ini adalah semangat esprit de corp dalam kumpulan inovasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih