Ramai dalam kalangan kita telah mereka cipta sesuatu peralatan, idea dan bahan untuk menjadikan setiap proses kerja harian cekap dan berkesan. Namun apabila idea, alat dan bahan tersebut hendak diketengahkan, kita menghadapi masalah. Apa yang perlu dibentangkan? Di sini ada beberapa panduan pembentangan untuk tujuan pertandingan. Antara aspek yang boleh diberi perhatian adalah:
Penyataan Idea Baru yang dicipta (Pemberat 25)
1. Kreativiti
a) Keaslian; atau
b) Adaptasi
Jika bahan adalah asli, ia akan memberi markah yang tinggi jika masuk pertandingan.
Hasil Inovasi - Output (Pemberat 30)
2. Tahap pelaksanaan
a) Secara penuh (melepasi peringkat percubaan); atau
b) Percubaan (di peringkat prototaip)
Jika hanya baru sendiri pakai dan hanya untuk cuba-cuba sahaja, markah adalah rendah. Jika telah diguna secara meluas dan diseragam pada seluruh organisasi, ini adalah terbaik.
3. Replicability
a) Boleh dilaksanakan terus di pelbagai tempat: atau
b) Boleh dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan tanpa melibatkan kos yang tinggi.
Jika idea, alat atau bahan boleh terus digunakan oleh mana-mana organisasi, mungin disebabkan pekeliling yang sama, standard kualiti yang sama dll, ini adalah terbaik.
Impak Inovasi - Outcome (Pemberat 40)
4. Efisien (Kecekapan)
a) Jimat masa
b) Jimat kos
c) Tingkatkan produktiviti
d) Mudah digunakan (user- friendly)
Nyatakan jumlah RM dan masa yang dijimatkan dengan menyertakan kiraan dan bukti penjimatan serta pengesahan dari pegawai kewangan/juruaudit
5. Signifikan
a) Tinggi (Impak kepada Perkhidmatan Pendidikan); atau
b) Sederhana (Impak kepada organisasi); atau
c) Rendah (Impak kepada bahagian / seksyen / unit)
Nyatakan impak dalam bentuk boleh diukur supaya memberi gambaran kepentingan idea atau alat yang dicipta
Pengurusan (Pemberat 5)
6. Komitmen
Pengurusan Atasan telah memberi sokongan dari segi:
• Sumber kewangan
• Sumber manusia
• Insentif
• Penghargaan
• Peralatan
Nyatakan bagaimana aspek di atas telah dilaksanakan berserta bukti.
Dengan dokumentasi serta produk yang inovatif, idea yang pada asal yang kita anggap kecil akan menjadi suatu hasil rekaan yang memberi impak besar kepada negara. Sebagai satu contoh sebuah cawangan imigresen daerah, telah mereka prosedur baru proses kerja dalam menangani PATI (pendatang). Kita merasakan bahawa satu flow chart tentang proses kerja adalah perkara biasa. Hanya sekeping kertas. Namun, apabila dibentangkan dengan menggunakan kriteria-kriteria di atas terutama aspek kesignifikanan (impak), ia telah dilihat sebagai idea besar dan telah memenangi pertandingan inovasi peringkat negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih