Selama 3 hari berturut-turut teman mengikuti dan menganalisis program bual bicara di TV3 secara langsung dari PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011. Kesemua panel dalam kalangan UMNO tersebut, mengulas isu utama dalam perhimpunan kali ini berkenaan ''winnable candidate'.
Kita mahu pengikut seperti Khalid al-Walid yang taat mengundur diri sebagai panglima perang apabila diarahkan oleh Khalifah dan hanya ikut serta sebagai soldadu biasa. Sekalipun sedang berada dikemuncak karier, menurut sejarahnya tidak pernah kalah perang.Sejarah yang dipetik oleh presiden adalah sejarah kecemerlangan zaman pemerintahan Islam di mana semua aktor telah dan pernah ditarbiyah langsung oleh Rasulullah saw.
Seterusnya, Usamah bin Zaid, seorang anak muda belasan tahun yang setia menurut arahan mengepalai pasukan tentera Islam walaupun bukanlah seorang panglima yang berpengalaman di medan perang
Soalnya sekarang, mampukah ahli UMNO yang telah sebati sebahagian besarnya dalam kalangan ahli, ketua cawangan, ketua bahagian, penyandang ADUN dan penyandang ahli Parlimen menghadapi situasi perlucutan kuasa atau tidak dipilih sebagai calon. Sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya telah lama menganut fahaman bahawa jawatan parti adalah satu pelaburan yang lumayan. Itu sebab beberapa ketika dahulu isu panas yang selalu disebut-sebut dalam UMNO adalah POLITIK WANG ketika pemilihan jawatan-jawatan dalam UMNO. Dari jawatan peringkat AJK cawangan hingga ke peringkat presiden sehingga ramai ahli UMNO digantung keahlian pada 2009, malah jawatan presiden telah diputus tidak dipertandingkan dek kerana politik wang tersebut. Istilah 'main belakang', 'cah keting', pembelot, pengkhianat dan sebagainya, adakah benar-benar dapat dipadamkan selepas persidangan tersebut apabila mereka tidak dipilih? Sanggupkah ahli-ahli UMNO yang telah melabur beribu-ribu RM (malah ada yang berjuta) mempromosi diri dan melobi diri untuk membina sebagai imej calon calon pilihanraya, melepaskan pelaburan mereka begitu saja?
Jawapan kepada persoalan tersebut hanya akan terjawab ketika mana semboyan PRU13 dicanang dan pembubaran parlimen telah diumumkan. Jika sorakan dan tepukan dalam perhimpunan diambilkira, itu baru retorika. Mari kita sama-sama saksikan pula episod lakonan ahli UMNO hasil tarbiyah Presiden UMNO versi Perhimpunan Agung 2011. Adakah mereka sama sikap seperti Panglima Khalid al-Walid atau sama macam Burung walit? (Sifat burung walit ni adalah mendiamkan diri dan mendengar bunyi twitter yang mengasyikkan sambil memejamkan mata macam ragam perwakilan mendengar perbahasan...atau mendiamkan diri dan mendengar bunyi twitter yang mengasyikkan pabila tidak dipilih sebagai calon).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih