Soal sahabat teman kepada teman, "berapa berat purata bag anak you bila ke sekolah?".. Teman menjawab, "hampir 8 kilo". "Kenapa soalan itu ditanya", tanya teman. Beliau menjawab, "anak-anak kami di UK ni pergi sekolah bawa botol air dan makan tengahari". "Habis dema belajo apa kalau tak bawa buku?", tanya teman. "Mereka ajar anak-anak kami tentang kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah melalui interaksi pembelajaran seharian." balas sahabat teman.
Maka terfikirlah dibenak hati teman, patutla mereka mempunyai daya fikir dan daya mengatasi masalah yang tinggi kerana sejak di sekolah rendah telah diasah agar tajam berfikir.
Di Malaysia bukan tiada kemahiran berfikir itu diterapkan dalam P&P seperti melalui KBKK, ada!, tetapi kenapa tidak berjaya? Jika mereka ini diberi masalah dunia realiti untuk di atasi, belum tentu mereka ini dapat mengatasi dengan kreatif. Mungkin kerana di akhirnya nanti, kejayaan sistem pendidikan diukur pencapaiannya dengan peratus berapa orang dapat 5A. Kelulusan keseluruhan menjadi ukuran sama ada sekolah itu bend 1, 2 atau 3. Akhirnya anugerah kecemerlangan biasanya jatuh kepada pelajar yang kuat daya ingatan dan hafalan. Jadi, apabila peratus pencapaian akademik jatuh, JPN akan salahkan PPD, PPD akan salahkan sekolah, dan sekolah akan salahkan cikgu. Cikgu juga jadi mangsa.
Jadi, bagaimana kita mahu menggarapkan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah dalam dunia pendidikan di Malaysia? Perbualan kami panjang itu sehingga hari ini masih segar dalam ingatan.
Bila rakan teman Tn. Hj. Mohd Nor bertanya teman dengan membawa satu scenario di bawah:
“Sebatang besi buruk bernilai RM5, jika anda mengambil besi buruk tersebut dan hasilkan ladam kuda nilainya akan berganda menjadi RM50.50, dan jika besi tersebut digunakan untuk membuat jarum nilainya akan meningkat kepada RM3,285. Jika anda menghasilkan spring jam ia akan bernilai RM250,000.Apa yang teman dapat komen adalah kita perlu bekalkan anak-anak didik kita kemahiran yang begitu kritikal iaitu bukan sahaja kemahiran berfikir kreatif dan kritis serta menyelesaikan masalah tetapi juga Kemahiran Abad 21 . Menurut Tony Wagner dalam buku, The Global Achievement Gap menyatakan 7 kemahiran yang perlu untuk anak-anak:
Perbezaan antara RM5 dan RM250,000 adalah KREATIVITI, REKA CIPTA dan INOVASI”
Cuba kita fikir-fikirkan dan bagaimana kita boleh membawa anak didik berfikiran.
Oleh itu sebagai pendidik zaman baru ini, guru perlu persiapan dari aspek ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam memberi anak didik 7 Kemahiran abad 21 agar survival mereka terjamin.
- Critical Thinking and Problem Solving
- Collaboration across Networks and Leading by Influence
- Agility and Adaptability
- Initiative and Entrepreneurialism
- Effective Oral and Written Communication
- Accessing and Analyzing Information
- Curiosity and Imagination
Zaman mereka (Generasi Y) tidak sama dengan zaman kita (Generasi X). Menurut satu kajian online yang dibuat oleh NetDay’s Speak Up Day for Students 2004 yang melibatkan 55,000 pelajar K-12 dari seluruh US dengan soalan terbuka:
“In the future, you will be the inventors of new technologies. What would you like to see invented that you think will help kids learn in the future?”
Jawapan mereka adalah berkisar kepada 4 perkara iaitu:
- Peranti digital yang kecil berbagai fungsi yang diselaraskan dengan arahan dari suara pengguna
- Akses kepada internet berkelajuan tinggi, tanpa wayar untuk digunakan di sekolah dan rumah menggantikan buku.
- Tutor berbentuk inteligen sistem yang membantu membuat kerja rumah dan mengakses sumber, bagi menyelesaikan masalah seperti matematik
- Mereka perlu dilengkapkan dengan cara belajar dan menyiapkan kerja sekolah menggunakan teknologi (termasuk learning games, virtual world experiences, on line classes, doing school work on the computer or on line, digital teachers, e books, and personalized learning.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda akan disemak. Terima kasih