Selasa, Oktober 09, 2012

Inovasi Kreativiti Inovasi

Dalam Syarahan Perdana Naib Canselor UTM pada 11 Ogos lalu, berjudul ‘Inovasi, Kreativiti, Inovasi,’ Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Ujang mengemukakan lima pendekatan untuk membina budaya inovatif bagi meningkat daya saing Malaysia menerusi ekonomi nilai tinggi terutama dalam organisasi awam.

  • Pertama, mewujudkan kelompok teras dalam kalangan individu dan organisasi yang inovatif yang mempunyai semangat ingin maju bukan saja dari segi teknikal, saintifik atau seni bahkan digabungkan dalam bidang keusahawanan.
  • Kedua, menyediakan persekitaran akademik yang mementingkan kreativiti dan inovasi. Dalam konteks Amerika Syarikat, persekitaran ini dibentuk di persisiran kampus universiti, khususnya di universiti ‘Ivy League’ seperti Stanford, Harvard, UCLA dan MIT.
  • Ketiga, menyediakan insentif khususnya untuk mencuba, memaju dan membangunkan produk, perkhidmatan, konsep, idea dan persekitaran yang inovatif sifatnya. Ia termasuk pelbagai insentif fiskal dan kewangan, serta modal teroka mereka dalam pelbagai bidang menerusi kegiatan penyelidikan dan pembangunan, terutama di persisiran kampus universiti.
  • Keempat, kemudahan kewangan yang disediakan untuk menjana aktiviti hiliran yang berdaya maju, termasuk dalam aspek pembangunan mesin prototaip dan aktiviti pemasaran.
  • Kelima, keberanian pengguna sama ada di kalangan individu dan awam untuk mencuba hasil inovasi baru, khususnya ciptaan tempatan. Di Jepun sebagai contoh, pengguna dan pihak industri berlumba-lumba dan bangga untuk menjadi pengeluar atau pengguna pertama sesuatu barang atau perkhidmatan yang inovatif.
Hal ini belum berlaku di Malaysia, termasuk agensi awam yang nampaknya lebih selesa menggunakan produk, sistem, perkhidmatan dan idea yang ‘terbukti berkesan’ dan digunakan dengan meluas sejak sekian lama, di serata tempat. Ini kononnya bagi memastikan pelaburan terjamin menerusi produk yang sudah meluas digunakan dan dipasarkan.


Oleh Prof. Dato' Ir. Dr. Zaini Ujang ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih