Jumaat, Oktober 12, 2012

Kawan Makan Kawan

Pada suatu hari ada 3 budak hitam berjalan-jalan di satu taman. Tetiba seorang tersepak satu botol sehingga keluar asap dan termuncul lah seekor jin. Jin itu mengucapkan terima kasih kerana telah melepaskannya dan ingin membalas jasa baik mereka bertiga dengan meminta mereka membuat permintaan untuk ditunaikan.

Budak hitam yang pertama meminta untuk diputihkan kerana sudah sekian lama hitam. Apabila sudah bertukar menjadi putih , budak hitam kedua pun meminta untuk menjadi lebih putih  dari pertaman. Setelah yang pertama dan kedua telah menjadi putih, yang ketiga telah membuat satu permintaan iaitu meminta menghitamkan yang budak pertama dan kedua semula. Akhirnya kesemua menjadi hitam kembali dan tidak mendapat apa-apa faedah. 

Ini adalah kisah bagaimana kawan makan kawan. Punca adalah disebabkan kebusukan satu daging yang dipanggil HATI di tubuh manusia. Puncanya adalah:

  1. Wang/harta
  2. Pangkat
  3. Wanita
  4. dan sebagainya
Manusia, jika mereka lupa tentang Hari Pembalasan prinsip hidup mereka 'membujur lalu melintang patah'. Mereka tidak akan memilih mangsa, rakan, taulan, tua atau muda, akan digunakan sebaik mungkin untuk tujuan dan matlamat mereka. Bagi mereka matlamat menghalalkan cara. Inilah yang sering berlaku antara kawan-kawan teman.

Nasihat temanlah, bagi yang berniaga jangan menipu kawan untuk untung, yang berkhidmat dengan kerajaan jangan menikam kawan untuk naik pangkat, kakitangan swasta buat kerja dengan ikhlas dan apa-apa serta mana-mana posisi sekalipun, buatlah kerja dengan baik. Jangan telunjuk lurus kelingking berkait. Allah Maha Adil.   

Renungan:

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Kawan baik
Bukannya senang mencari kawan yang baik
Bukan senang juga menjadi kawan yang baik

Kawan yang baik tak akan mengumpat di belakang kawan baiknya
Kawan yang baik tak akan cemburu dengan kejayaan kawan baiknya
Sebaliknya kawan yg baiklah yg plg banyak membantu utk mencapai kejayaan

Kawan yang baik tak akan mempengaruhi kawan baiknya utk buat pekara buruk atau sia-sia
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya utk buat kebaikan

Kawan yang baik adalah org yang di cari bila susah atau senang
Kawan yang baik tempat meluah perasaan yang tidak dapat diluahkan kepada kawan biasa

Kawan yang baik tak akan memaksa kawan baiknya utk sentiasa berada disisinya
Kawan yang baik tak akan melarang larang kawan baiknya utk berkawan baik dengan org lain

Kawan yang baik tak akan cemburu jika kawan baiknya ramai kawan baik kerana kawan yang baik tahu apa yang baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya

Kawan yang baik tahu cita-cita kawan baiknya lalu memberi semangat dan dorongan
Kawan yang baik jika mengetahui kebodohan kawan baiknya lalu memberi pengetahuan
Kawan yang baik jika mengetahui kealpaan kawan baiknya lalu memberi peringatan dan petunjuk
Kawan yang baik sentiasa berada saat kawan baiknya bahagia dan tetap bersama bila berduka..

Dan jika kita hendak mendapat kawan yang baik, kita terlebih dahulu menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih