Rabu, Oktober 03, 2012

Alia dan Aleen bakal ke TV Hijrah

Selama 5 hari teman berkesempatan bersama-sama menimba ilmu dari crew MESH Studio sebuah syarikat produksi multimedia yang bakal mengeluarkan kartun 3D di TV Hijrah. Siri kartun 3D berjudul "Alia dan Aleen" merupakan hasil seni kreatif yang menarik dan bermutu dalam kalangan anak-anak bumiputera tempatan.

Kesempatan menimba ilmu dengan mereka menggunakan perisian sumber terbuka Blender sangat mengujakan. Dengan sedikit kemahiran dan pengalaman yang telah dicurahkan kepada teman menyebabkan teman rasa terlalu kerdil dalam ilmu pembikinan filem animasi. Di samping itu, menyedarkan kepada teman kepentingan kita menghormati hasil karya seni kreatif mereka supaya tidak dicetak rompak.

Sepanjang bersama-sama crew MESH, teman telah didedahkan berbagai teknik oleh Sdra Nik Fatah dan Sdra Rosdi yang telah melatih  dengan sabar. Teman didedahkan kepada teknik penghasilan karektor untuk animasi. Pendedahan amali mencipta karektor bermula dengan kepala, tangan, badan dan kaki serta aplikasi penetapan kesan jalinan dan material kepada karektor yang telah dibangunkan. Teman juga dilatih untuk menggunakan teknik pencahayaan, kamera dan rendering. Teman diberi pengetahuan dalam penghasilan latarbelakang, aplikasi jalinan (mapping) dan material berserta penetapan kamera dan proses render.

Rosdi dan Nik Fatah
Di samping itu pengetahuan dan kemahiran amali berkaitan teknik asas animasi yang merangkumi, animasi keyframe dan beberapa teknik penting mengikut prinsip-prinsip animasi turut didedahkan. Perincian turut diberikan ke atas penghasilan kesan dinamik dan kesan partikel yang digunakan untuk menghasilkan babak animasi yang lebih menarik.


Bakal ke TV Hijrah

Sebahagian peserta bengkel Blender

Sebahagian peserta bengkel Blender

Bersama Fasilitator En. Rosdi

Belajar buat tulang untuk karton

Animator in making



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih