Ahad, Mei 10, 2009

Konvo IPG Ipoh

Pada 7 Mei 2009 lepas, IPGM Kampus Ipoh telah melangsungkan Majlis Konvokesyen kali pertama di INTIM Ipoh. Tahniah kepada lebih 200 graduan yang telah tamat pengajian masing-masing. Kepada jawatankuasa penganjur sekalung tahniah diucapkan kerana telah berjaya melaksanakan majlis tersebut dengan lancar. Namun dalam beberapa hal, pada masa akan datang untuk lebih berkesan, beberapa perkara perlu dibuat penambahbaikan. Jawatan kuasa perlu tegas kepada graduan. Mereka seharusnya menetapi masa pendaftaran dan masa acara rasmi. Jika boleh masa permulaan majlis perlu ditepati seperti dijadualkan.

Kepada jawatan kuasa yang terlibat dengan teknikal dan multimedia, berhati-hati dengan alatan teknologi. Jangan mengambil mudah dan membuat pengubahsuaian di saat-saat akhir. Moga segala kekurangan pada penganjuran majlis pada kali ini dijadikan pengajaran pada masa akan datang. Kepada yang duduk di pentas utama, jaga adat dan pekerti kerana segala gerakan diperhati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih