Selasa, Mac 30, 2010

Persepsi manusia

"Awak boleh cemerlang jika awak tukar sikap supaya jangan ego dan rasa diri pandai"...seorang rakan memberi tazkirah. Teman setuju dengan pendapat tersebut kerana sikap dan ciri tersebut membantu menjadi kita cemerlang. Apa yang penting, kita perlu membuat persediaan akhlak tapi juga perlu intelek dari segi kognitif, emosi, jasmani, rohani dan sosial. Keseimbangan ini penting untuk pembangunan diri individu yang mantop.
Bagi teman, kecemerlangan sebuah peribadi muslim bukan sahaja perlu merendah diri dan tawadu' tetapi keikhlasan dan keredhaan Ilahi adalah segalanya. Teringat kepada kisah Lokman Hakim dan bapa ketika mana berjalan bersama seekor keldai. Cerita tersebut berkisar kepada mahu mencari keredhaan manusia atau mencari keredhaan pencipta manusia? Oleh itu, persepsi manusia berbagai dan kita sukar untuk menghalang mereka untuk membuat persepsi. Peduli apa pada persepsi manusia. persetankan persepsi mahkluk... yang penting keredhaan Ilahi.

Bagi insan berjiwa besar, cuba fikir-fikirkan kata-kata pujangga di bawah:

"Small minds discuss persons, Big minds discuss events, Intelligent minds discuss ideas, But Genius acts in silence"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih