Rabu, Mac 16, 2022

Portal Haji

Assalamualaikum. Sebagai persediaan untuk mengerjakan haji dan umrah yang bakal tiba, laman ini telah dibina. Laman ini dibina untuk membantu tetamu Allah mendapat maklumat yang asas berkaitan Haji dan Umrah. Video yang dikumpul adalah rakaman kursus Asas Haji anjuran Tabung Haji pada 2020 dan 2021 yang diadakan secara dalam talian sepanjang ketika seluruh dunia mengalami pandemik Covid-19. Video-video yang telah disunting berdasarkan tajuk-tajuk khusus dan penting dalam mengerjakan haji berdasarkan buku panduan mengerjakan haji yang diterbitkan oleh Tabung Haji.

https://sites.google.com/view/channel-haji

https://sites.google.com/view/channel-haji

https://sites.google.com/view/channel-haji


Tajuk yang disunting dalam himpunan video ini adalah:
🕋 Sejarah Haji
🕋 Falsafah Haji
🕋 Rukun Haji
  1. Niat
  2. Wukuf
  3. Tawaf
  4. Saei
  5. Cukur atau bergunting
  6. Tertib pada kebanyakan rukun
🕋 Wajib Haji
  1. Niat di miqat
  2. Larangan Ihram dan Penerangan tentang Dam
  3. Mabit di Muzdalifah
  4. Melontar jamrah Kubra
  5. Mabit di Mina
  6. Melontar 3 jamrah
🕋 Kaedah / Jenis Haji (Tamattuk, Ifrad dan Qiran)
🕋 Umrah Haji
🕋 Isu-isu Wanita:
*Jenis darah wanita
*Haid
*Itiadhah
*Angin Faraj wanita dan keputihan ketika kerja haji
*Isu penggunaan pil tahan haid
*Cara ambil wudhu ketika berhadas (menanggung najis)
*Mengerjakan tawaf ketika haid.
*Fiqh wanita
*Taharah
*Aurat
*Izin suami
🕋 Isu Umum
*Tawaf wada (selamat tinggal)
*Solat jamak
*Syarat kerja haji
*Ziarah Nabi di Madinah
*Niat bersyarat bagi Umrah
*Niat bersyarat bagi haji
*Tarikh perlaksanaan haji
*Beza rukun haji dan wajib haji
*Beza rukun haji dan rukun umrah
*Beza haji ifrad, tamattuk dan qiran.
Selamat menonton. Semoga beroleh Haji Mabrur.
🕋Amin ya Rab 🕋

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda akan disemak. Terima kasih